Friday 15 October 2010

SPOWWA HARGAI WARGA EMAS

TERIMA KASIH……Jun kelihatan sedang menerima cenderahati daripada wakil Kelab Warga Tua Sri Harapan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SABAH Pilipino Overseas Workers Welfare Association (SPOWWA) di bawah naungan Agency Whos The Boss International telah menyumbangkan makanan dan minuman tin untuk sarapan pagi kepada 50 orang warga emas di Kelab Warga Tua Sri Harapan Jalan Sibuga, Sandakan, kelmarin.

Pengerusinya, Jun Pacifico memberitahu tujuan memberikan sumbangan tersebut adalah untuk aktiviti amal bagi membantu golongan tersebut.

“Kita sebagai insane, harus menghormati orang tua dan kita tidak boleh melupakan jasa-jasa mereka yang pernah berbakti kepada bangsa, agama dan Negara,” ujarnya.

Jun berkata persatuannya sentiasa akan mengambil berat tentang kebajikan warga tua, khususnya warga emas dalam memberi pelbagai bantuan jika diperlukan.

Pada masa terdekat ini SPOWWA akan menghulurkan bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan orang-orang cacat penglihatan di Taman Cahaya.

No comments:

Post a Comment