Friday 29 October 2010

TALIAN SESB DIPANAH PETIR



Oleh: IR. HJ ABD RAZAK SALLIM

BEKALAN elektrik di beberapa kawasan telah terjejas selepas talian 132kV Penampang-Papar-Beaufort terpelantik (tripped) akibat terpaan petir pada jam 6.40 petang kelmarin, (28 Oktober 2010).

Kejadian ini juga telah menyebabkan beberapa jentera kuasa di Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi dan Stesen Janakuasa Patau-Patau, Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik (tripped).

Selain itu, banyak penyuap (feeder) SESB juga telah terpelantik dan bekalan elektrik kepada lebih kurang 20 ribu pengguna telah terjejas ekoran kejadian ini.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah sekitar kawasan Indah Permai, UMS (Kota Kinabalu), Tenom dan W. P Labuan. Bekalan dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 7.01 petang pada hari yang sama.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment