Saturday 16 October 2010

TANDAS DI TERMINAL FERI LABUAN UNTUK SIAPA?



Saudara Pengarang,

SAYA amat hairan dengan senario yang berlaku kerana kemudahan tandas di Terminal Feri Antarabangsa Wilayah Persekutuan Labuan tidak berfungsi sepenuhnya, terutama sekali di sebelah pintu masuk atau balai kebarangkatan.

Seawal jam 7.15 pagi, tandas berkenaan masih dikunci dan begitu juga sebelah petang kerana jam 5.00 petang sudah dikunci. Kalau saya tidak silap, hanya terdapat dua buah tandas sahaja di terminal tersebut.

Penjaga tandas terlalu lambat membuka tandas tersebut dan menyulitkan para penumpang yang datang dan pergi melalui atau menggunakan terminal berkenaan.

Mohon pihak berkuasa tempatan (LDA) mengambil tindakan segera atau swastakan sahaja tandas berkenaan.

Salam Hormat,

SAMAT SAMAN

No comments:

Post a Comment