Thursday 7 October 2010

WARGA PAKISTAN SUKA DAGING MENTAH?



PAKISTAN ……Sebuah kedai ini antara kedai yang dimiliki warga Pakistan di Sandakan.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

RAMAI yang tertanya-tanya, khususnya masyarakat tempatan di Sandakan kerana mereka agak hairan bagaimana warga Pakistan yang tinggal di negeri ini telah mendapat keistimewaan daripada kerajaan sehingga bebas menjalankan perniagaan.

Dalam keadaan yang agak merempat semasa ketibaan mereka ke negara ini dengan menggunakan pasport Pakistan, mereka tiba-tiba menjadi kaya raya walaupun tidak sampai dua tahun memasuki Negara ini, sekalipun hanya menggunakan pas lawatan.

Selain daripada itu, terdapat hampir 80 peratus warga Pakistan yang berada di negeri ini termasuk di daerah Sandakan telah memiliki Mykad yang berkod 12 atau 49 iaitu tempat kelahiran di Sabah sedangkan mereka sebenarnya lahir di Pakistan.

Tinjauan wartawan Sabahkini.Net di Sandakan mendapati lebih 20 kedai yang menjual peralatan elektrik dan sebagainya dimiliki oleh warga Pakistan; tidak termasuk di kawasan lain seperti di Jalan Buli Sim-Sim kerana terdapat sebuah Mini Market yang dikenali Hamid Trading juga kepunyaan warga Pakistan.

Dalam hal ini, ramai masyarakat tidak begitu senang kerana warga asing telah mendapat keistimewaan yang cukup baik daripada pihak-pihak tertentu.

Seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan menjelaskan, “Kita tidak cemburu kalau mereka membuka perniagaan di negara ini, tetapi haruslah mengikut prosedur yang betul.”

Sepatutnya dalam hal ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus mengambil tahu mengenai perkembangan ini dan seterusnya menyiasat siapa dalangnya kerana terdapat gejala rasuah disebabkan mereka begitu mudah mendapatkan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menunjukkan tanda-tanda sogokan kepada pegawai yang mengeluarkan lesen kerana mereka tidak layak mendapat lesen berniaga disebabkan status kerakyatan mereka (terutama yang hanya memiliki pas lawatan).

Sebenarnya mereka boleh membuka perniagaan di negara ini tetapi dengan syarat memohon permit khas daripada Jabatan Imigresen untuk syarikat Sdn.Bhd sahaja dan bukannya lesen perniagaan biasa.

Bagaimanapun kemudahan ini disalahgunakan oleh warga Pakistan ini kerana mereka bukannya ‘Keyman’ atau ‘Peniaga’ sebenar yang mempunyai modal tertentu untuk memiliki perniagaan di Malaysia.

Ada juga yang berkahwin kontrak dengan perempuan warga tempatan semata-mata untuk membolehkan mereka mendapatkan peluang berniaga dan tinggal lebih lama di Malaysia atas jaminan isteri kontrak mereka dengan levi yang lebih murah.

Ramai juga yang menjadi ceti haram dan memberi hutang kepada peniaga yang bermasalah dan apabila peniaga gagal membayar hutang, maka mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut secara perkongsian atau pakej penyelesaian hutang.

Lebih menjengkelkan, mereka sanggup melakukan ‘Flesh Trading’ atau perniagaan daging mentah dengan mendesak mereka yang berhutang menyerahkan anak perempuan mereka untuk ditiduri beberapa malam atau dinikahi sebagai jalan menyelesaikan hutang piutang.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Sandakan, malah di pedalaman seperti di Ranau, Kundasang dan Tambunan kerana ramai anak gadis tempatan berkahwin dengan warga Pakistan disebabkan orang tua mereka gagal membayar hutang yang semakin berbunga tanpa henti.

Pernikahan warga Pakistan ini dengan penduduk tempatan memberikan kelebihan kepada mereka kerana boleh berniaga dengan mudah tanpa sebarang gangguan daripada pihak berkuasa.

Suatu hal yang mengejutkan juga berlaku dalam masyarakat Sabah kerana kecenderungan mereka untuk mendapatkan benih Pakistan disebabkan anak-anak yang lahir daripada kahwin campir antara Pakistan dengan gadis tempatan mempunyai rupa paras yang menawan bagai bintang filem Bollywood.

Tumpuan artikel ini hanya warga Pakistan yang baru dan dan menyalahgunakan passport atau permit lawatan mereka untuk berniaga atau tinggal secara haram di Sabah setelah visa mereka tamat, namun tidak termasuk mereka yang memasuki negara ini secara sah atau mendapat kerakyatan melalui proses undang-undang.

No comments:

Post a Comment