Friday 12 November 2010

260 MURID TABIKA KEMAS ELOPURA TERIMA SIJIL


SYABAS…..Au sedang menyampaikan hadiah kemerlangan kepada salah seorang murid TABIKA.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri Elopura, Au Kam Wah menyarankan para ibubapa seharusnya memberikan dorongan dan galakan kepada anak-anak mereka supaya rajin belajar untuk mengejar cita-cita mereka di masa akan datang.

Selain itu katanya, bubapa juga dapat memain peranan untuk melapangkan masa satu hingga dua jam bersama-sama anak mereka bagi mengulang kaji pelajaran tanpa sebarang gangguan seperti suara TV mahupun Radio agar meraka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran mereka.

Au berkata demikian ketika berucap di majlis Mini Konvokesyen Tabika –Kemas, DUN Elopura di sini kelmarin.

“Pepatah ada mengatakan kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah juga kalau hendak mendidik anak biar masih kecil lagi kerana umur mereka sebegini rupa senang didorong untuk melakukan sesuatu khususnya suruh mereka rajin belajar” kata Au.

Tegas Au, kerajaan Barisan Nasional BN memang mengambil berat dalam aspek pembelajaran generasi muda agar mendapat pendidikan secukupnya, di samping untuk mengenal pasti daya asing.

Bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang kata Au, sudah tentu segala kemudahan mereka untuk melanjutkan ke pengajian tinggi akan dijamin oleh kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan biasiswa dan sebagainya.

Mini Konvokesyen Tabika-Kemas yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan telah menyaksikan serami 260 murid daripada beberapa buah Kelas Tabika Kemas DUN Elopura mereka masing-masing telah menerima sijil yang disampaikan oleh Au sendiri.

No comments:

Post a Comment