Monday 29 November 2010

BAIKI SEGERA JALAN TELUPID



ROSAK….James kelihatan menunjukan ke arah jalan yang rosak dan perlu dibaiki segera

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KEROSAKAN jalan raya yang merupakan jalan atama penghubung antara Sandakan dan Kota Kinabalu yang terletak di pekan Telupid yang sekian lama lebih 10 tahun tidak disenggelarakan sehingga ke hari ini telah menimbulkan pelbagai rungutan di kalangan pengguna jalan tersebut.

Lagipun jalan tersebut sering kali berlaku kemalangan sehingga meragut beberapa nyawa berpunca jalan yang gravel tersebut.

Demikian dijelaskan sendiri oleh Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut, James Miki selaku Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Beluran ketika mendedahkan hal ini kepada Wartawan Sabahkini Net kelmarin

“Kami penduduk kawasan pekan Telupid dan termasuk keseluruhan kawasan kampung sering terpinggir untuk menikmati pelbagai kemudahan, sedangkan daerah Telupid kini mempunya dua orang wakil rakyat yang satu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Labuk dan yang satu lagi Ahli Parlimen kawasan Beluran (MP) tetapi kedua-dua wakil rakyat ini kurang mengambil perhatian terhadap segala permasalahan yang dihadapi di daerah Telupid” ujarnya.

Menurut James, jika jalan tersebut termasuk di dalam konsesi, beliau hairan kenapa masalah ini tidak dapat di atasi segera sedangkan kedua-dua wakil rakyat mempunyai pengaruh dan peruntukan masing-masing.

“Sebagai AJK Bahagian UMNO, saya tidaklah bermaksud untuk memperkecil-kecilkan kewibawaan kedua pemimpin ini dalam menjalankan peranannya terhadap rakyat, tetapi ini adalah perkara yang nyata dan jelas saya dedahkan ini supaya ia tidak menjadi isu kepada pihak parti pembangkang,” kata James lagi.

Apabila tersiarnya berita ini diportal Sabahkini.Net, kata James, beliau berharap agar kedua wakil rakyat BN ini tidak hanya berdiam diri dan mencari jalan bagi mengatasi masalah kerosakan jalan tersebut.

No comments:

Post a Comment