Monday 1 November 2010

BN ADALAH UNTUK RAKYAT SABAH



BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said menolak tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) Negeri tidak begitu lantang dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dan negeri itu.

Sebaliknya, katanya, selama ini BN negeri sentiasa memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah dalam semua aspek termasuk pembangunan infrastruktur dan pendidikan.

"Perbezaannya adalah pendekatan kita kepada kerajaan pusat lebih kepada rundingan atau menerusi kerjasama dan bukan bercorak konfrontasi," katanya kepada Bernama selepas berkempen untuk calon BN Datin Linda Tsen pada sesi bertemu rakyat di Kampung Bambangan, dekat sini, pada Isnin.

Oleh itu, Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, menggesa pengundi Batu Sapi supaya tidak mudah terpedaya dengan slogan ‘Sabah Untuk Rakyat Sabah' yang dilaungkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP), parti pembangkang di negeri itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Baru Sapi pada Khamis ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, SAPP (Datuk Yong Teck Lee) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dwakili oleh Ansari Abdullah.

"Ini hanya sebuah slogan yang dicipta untuk kepentingan politik atau memancing undi. Pada hakikatnya, BN Sabah menunjukkan keprihatian tulen bagi masa depan dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya.

Salleh berkata kerajaan BN negeri akan terus memperjuangkan usaha membawa lebih banyak pembangunan di Sabah demi kebaikan rakyat dan negeri.

Tsen merupakan balu kepada penyandang kerusi Parlimen Baru Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah dari BN yang meninggal dunia pada satu kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada 9 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS) mengatasi calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi . (BERNAMA).

No comments:

Post a Comment