Sunday 14 November 2010

EON SANDAKAN LANCAR PROTON INSPIRA



CHONG….Saran dan galakan rakyat Malaysia belia kereta Proton keluaran Negara sendiri.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

RAKYAT Malaysia khususnya warga Sandakan disaran dan digalakkan supaya membeli produk buatan Malaysia, khususnya kereta keluaran Malaysia iaitu Proton.

Pengurus Cawangan Sandakan, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), Chong Tsun Vui menjelaskan kepada Wartawan Sabahkini.Net sejurus selepas beliau memberikan taklimat kepada pelanggan sempena ‘Hari Pelanggan dan Memperkenalkan Kereta Keluaran Baru’ iaitu Proton INSPIRA Model 1.8 MT,1.8 CVT dan 2.0 CVT di bilik pameran EON di sini kelmarin.

Katanya, kereta keluaran negara ini dari segi reka bentuk mahupun mutunya setanding dengan kereta buatan luar negara dan dari segi harganya pula memang berpatutan dan lebih jauh murah berbanding dengan harga kereta import.

Sempena Hari Pelanggan ini, jelas Chong, orang ramai berpeluang peluang melihat sendiri lebih dekat lagi pelbagai jenis kereta proton keluaran negara ini di bilik pameran EON yang dibuka dari jam 8.00 pagi hingga jam 8.00 malam.

EON cawangan Sandakan, kata Chong, sudah hampir 10 tahun beroperasi. Lokasinya terletak di Lot 1, Bandar Pasar Raya, KM 7.8, Jalan Utara, Sandakan mempunya 20 orang kakitangan yang membabitkan 16 orang jurujual 3 pegawai pentadbir dan seorang Pengurus cawangan.

Bagi pelanggan khusus orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta baru Proton INSPIRA mereka boleh berhubung terus kepada Customer Relation Personal, Jifri Amat melalui talian H/P 012-8448080.

Kata Chong lagi selain EON berpejabat di KM 7.8 Jalan Utara EON juga mempunyai Pusat Perkhidmatan (Service Center) yang terletak di KM1.4 Jalan Utara yang diseliakan oleh Johari Among dan para pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat boleh menghubungi melalui talian 089 212426 pada waktu pejabat.

No comments:

Post a Comment