Friday 19 November 2010

FACEBOOK PALING POPULAR DI MALAYSIA



LAMAN web sosial, Facebook, merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya sebulan, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA).

MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan lepas berkata blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama, dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.

"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti adalah yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun," katanya.

MDA berkata laman web berita merupakan kategori pertama yang menarik lebih separuh pengunjung sehari, dengan rakyat Malaysia melawat laman web berita tempatan untuk purata empat kali sehari (BERNAMA).

No comments:

Post a Comment