Thursday 18 November 2010

JADIKAN PERLEMBAGAAN KATALIS PERPADUAN



Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao pada Rabu menggesa semua rakyat agar bersatu dan mendukung Perlembagaan Persekutuan, yang mengandungi kontrak sosial bagi mewujudkan keadilan sosial serta perpaduan di negara ini.

Presidennya, Dr Thomas Philips berkata majlis itu menyokong peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan serta hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata peruntukan mengenai hak-hak istimewa itu diimbangi dengan jaminan bagi melindungi kepentingan sah kaum lain di Malaysia, termasuk hak mereka menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara bebas.

Menerusi satu kenyataan, Philips berkata majlis itu menyokong sepenuhnya gesaan yang dibuat Majlis Raja-Raja supaya rakyat jelata mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata peruntukan mengenai kepentingan sah kaum bukan Melayu telah disediakan di bawah beberapa seksyen dalam Perlembagaan tersebut, termasuk Perkara 3, 8, 9, dan 152.

No comments:

Post a Comment