Friday 19 November 2010

MALAM MESRA JALIN SILATURRAHIM



KENANGAN…. Masiung (enam dari kiri) bergambar dengan AJK penganjur program tersebut sebagai kenang-kenangan dan penambat silaturahim.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

MAJLIS Malam Mesra sempena Sambutan Hari Keluarga Warga Kesihatan anjuran bersama Feber Medi-Serve Sdn. Bhd dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kinabatangan yang diadakan di Dewan SK Bukit Garam II, Kinabatangan kelmarin mendapat sambutan di luar jangkaan.

Sebagai pengisian majlis tersebut pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya persembahan nyanyian, tarian kebudayaan dan sebagainya.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah, antara lain memuji pihak kedua-dua penganjur program ini kerana hari keluarga ini membawa pengertian besar kepada kakitangan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

Katanya lagi, melalui program sebegini juga menjurus kepada menjalinkan hubungan mesra antara orang ramai khususnya dengan kakitangan Feber Medi-Serve dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kinabatangan.

Masiung menegaskan bahawa peranan Feber Medi Serve dengan peranan Ahli Lembaga Pelawat Hospital berkenaan adalah sama-sama penting dalam memainkan peranan dan hala tuju masing-masing .

No comments:

Post a Comment