Friday 19 November 2010

MALANG NASIB PENOREH DI SABAH



Saudara Pengarang,

SAYA amat bersetuju dengan pendapat Joe melalui surat bertajuk ‘Rakyat Sabah Akan Terus Miskin?’ iaitu harga getah di Sabah patut disamakan dengan di Semenanjung Malaysia kerana kualiti getah adalah sama; kenapa pula harga di Sabah lebih murah dan harga di semenanjung satu kali ganda daripada harga di Sabah.

Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang memperkenalkan Slogan ‘1Malaysia’, setuju agar harga getah diseragamkan di seluruh Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup para penoreh getah.

Jika Kabinet Malaysia mahu rakyat Sabah terus menyokong kerajaan, maka mereka sepatutnya bertindak adil, bukan membiarkan rakyat Sabah terus miskin kerana segala hasil Sabah dikaut oleh pihak Semenanjung Malaysia.

Kasihanilah rakyat Sabah yang masih melukut di tepi ‘kepuk’ sendiri kerana hasil masyhul negeri diangkut ke Putrajaya sehingga Sabah papa kedana dan diiktiraf sebagai negeri termuflis di Malaysia!

Salam Hormat,

ANAK PENOREH

No comments:

Post a Comment