Friday 26 November 2010

MDT TIDAK SELENGGARA PEMBETUNG NAJIS



Oleh:HJ.WAHAB TIMPAI.

PEMBETUNGAN najis di jalan belakang perantaraan kedai Toko See Soon dan Shin Kuang mengeluarkan air berbau busuk dan berwarna hitam sehingga melimpah ke jalan raya sejak rabu lagi dan sehingga berita ini ditulis pada jumaat, 26 November 2010 belum ada tindakan diambil Majlis Daerah Tenom (MDT) atau Jabatan Kerja raya (JKR) Tenom meskipun aduan telah difailkan secara rasmi pada hari rabu.

“Saya amat kesal kerana walaupun kawasan pekan ini terdapat seramai enam orang dilantik menjawat Ahli Majlis Daerah Tenom, namun mereka hanya membisukan diri masing-masing meskipun melihat keadaan yang berlaku,” kata seorang penghuni kedai yang hanya dikenali namanya sebagai Lee Oon Oo kepada wartawan Sabahkini.net petang tadi.

Lee berkata, pihak berkuasa sepatutnya tidak melengah-lengahkan untuk bertindak selepas menerima aduan kerana keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan sekiranya berlanjutan.

“Kami bimbang perniagaan terjejas pelanggan tidak mengunjungi kedai kerana melihat keadaan limpahan air najis bau busuk itu,” katanya

Lee mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan menyelesaikan masalah ini segera kerana pengguna terpaksa berpatah balik kerana tidak dapat melalui jalan tersebut untuk ke pasar kerana limpahan air dari pembetung najis, di samping mengelakkan kereta masing-masing terkena air najis berkenaan.

No comments:

Post a Comment