Sunday 7 November 2010

MELAYU KEMBALI YAKIN DENGAN NAJIB



MUHYIDDIN bersama Dr Mahathir melihat buku 'Tajdid Pemikiran Islam Tun Dr Mahathir' pada majlis makan malam sempena Jubli Emas PERKIM di Masjid Wilayah, Jalan Duta, malam tadi.

Oleh : HAIKA KHAZI (UM)

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di Batu Sapi dan Galas menunjukkan rakyat, terutama orang Melayu kembali yakin dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak tetapi parti berkenaan masih perlu bekerja keras jika mahu meraih majoriti dua pertiga undi pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kemenangan terbabit juga menunjukkan Najib berjaya memulihkan kelemahan dan kekurangan yang berlaku dalam pentadbiran negara sebelum ini.

“Saya dapati Najib lebih baik kerana beliau mewarisi pemerintahan yang buruk dan jelas beliau dapat pulihkan keadaan. Najib sudah menjelaskan dasar kerajaan dengan jelas, kedudukan Bumiputera dan Melayu serta kedudukan bukan Melayu dan ia memberi kelegaan kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan jubli emas Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini semalam.

Ditanya adakah kemenangan itu petanda BN a kembali memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir secara sinis menjawab: “Kalau tak balik tidur, saya percaya (BN) boleh menang.”

Mengenai dakwaan PAS bahawa BN menggunakan agensi kerajaan sebagai jentera pilihan rayanya, beliau berkata, jika dakwaan itu benar, BN boleh mencapai kemenangan lebih besar, tetapi hakikatnya ada kawasan di Galas dan Batu Sapi dimenangi pembangkang.

No comments:

Post a Comment