Monday 8 November 2010

MURID BELAJAR BAWAH KOLONG?



KOLONG…. Kelas sementara di bawah kolong rumah guru sebagai alternatif.

Oleh: ROZIE JUMAT

USAHA kerajaan membina segera dua bangunan sekolah di SK Dalit membuktikan komitmen kerajaan yang tidak mahu murid di kawasan yang terjejas atau ketinggalan dalam pembelajaran mereka setelah bangunan sekolah di daerah Kecil Sook, Keningau itu terbakar dua bulan yang lalu.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook, Kahirin Bador berkata, pihaknya berpuas hati dengan kelancaran kerja pembinaan semula bangunan sekolah tersebut dan berkeyakinan pelajar yang menggunakan kolong rumah guru buat sementara ini tidak lama lagi akan menduduki bangunan baru.

"Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membuat tindakan segera membantu dan sudah tentu ini juga ada campurtangan dari pihak wakil rakyat kami di sini yang tidak mahu melihat anak-anak kami ketinggalan," kata Kahirin yang meninjau perkembangan pembinaan sekolah tersebut di sini.

TINJAU….. Kahirin meninjau bangunan sekolah SK Dalit yang bakal digunakan tidak lama lagi.

"Pemuda PBRS dan Pemuda BN khususnya di kawasan ini amat menitit beratkan pembinaan semula sekolah ini kerana kami percaya pendidikan adalah kunci kepada pembasmian kemiskinan yang masih lagi berlaku di kawasan ini, khususnya di P.182 Pensiangan," kata Kahirin.

Beliau juga turut meninjau bilik kelas sementara pelajar yang terletak di kolong rumah guru di sekolah berkenan.

"Kerja-kerja pembinaan ini sudah mencapai 80 peratus dan kemungkinan bakal digunakan tidak lama lagi. Mudah mudahan dengan adanya bangunan sekolah baru ini menambah semangat anak-anak kita belajar sekaligus melahirkan masyarakat yang berbakti kepada P.182 Pensiangan,"kata Kahirin.

No comments:

Post a Comment