Sunday 14 November 2010

NGO EX-USNO DIBUBARKAN



Saudara Pengarang,

DENGAN ini adalah dimaklumkan bahawa Pertubuhan Bekas Ahli USNO atau EX-USNO (Badan NGO bukan Politik) yang dipimpin oleh Presiden Penajanya, Datu Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha, dibubarkan dengan rasminya pada hari ini.

Pembubaran tersebut dibuat selaras dengan Fasal 13 (1) Akta UUTP Ex-USNO yang didaftarkan pada 2007 dan mesyuarat pembubaran dibuat pada petang kelmarin, 13 November 2010 bertempat di Beverly Hotel Kota Kinabalu.

Surat Rasmi susulan akan dihantar ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Di Putrajaya dan salinan ke ROS Kota Kinabalu sebagai permakluman.

Sekian, Terima Kasih

Saya Yang Menjalankan Tugas,

ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH

Mantan Setiausaha Agung Penaja Ex-USNO

No comments:

Post a Comment