Friday 26 November 2010

PANG SAMBUT ULANGTAHUN KE 51 DI DUN



CENDERAHATI… Peter Pang (ketiga dari kanan) terkejut menerima cenderahati daripada Ahli Lembaga Pengarah KOSAN selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu kelmarin yang disampaikan oleh Timbalannya, Haji Ghulabdin Enjih (kedua dari kanan),Golubi Guntarik (Setiausaha), Chong Ket Vui, Ariffin Datuk Fadzil Wong, Haji Abdul Razak Awang Duraman dan Haji Junian Haji Yunus (Pengurus Besar).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yien yang juga Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) merasa terharu apabila menerima hadiah berbentuk potret dan ucapan selamat hari lahir beliau yang ke 51 tahun daripada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KOSAN serta seluruh ahli dan kakitangan KOSAN di Sabah.

Terdahulu Upacara meraikan hari lahir Peter Pang itu turut disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dan keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menghadiri Persidangan dewan yang telah berakhir pada Khamis.

Meskipun Peter Pang masih belum menganggotai mana-mana parti dalam BN, beliau akan cuba mempertimbangkan penyertaan dalam sebuah parti komponen BN untuk membolehkannya terus berkhidmat kepada rakyat .

Beliau yang mendapat kepercayaan Musa selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat dalam Kabinet Sabah, tidak boleh membiarkan kedudukannya tidak berparti kerana keadaan itu kemungkinan boleh mengundang perasaan tidak disenangi di kalangan pemimpin BN sendiri di negeri ini.

No comments:

Post a Comment