Tuesday 23 November 2010

PBRS PIKAT LEBIH 200 AHLI BARU DI NABAWAN




SERAH....Kurup serahkan bendera parti kepada ahli parti pembangkang yang sertai BN melalui PBRS yang diketuai oleh Sikin Ating.

Oleh: ROZIE JUMAT

SERAMAI 28 ahli parti pembangkang mengambil keputusan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Penyerahan borang itu disampaikan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena perasmian pembaikan rumah panjang Kg.Solog dan Penyerahan borang keahlian sebanyak 200 orang di Kg.Solog, Nabawan.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup mengalu-alukan kemasukan keahlian itu dan menegaskan pilihan mereka adalah amat bertepatan, kerana kerajaan BN mahukan kerjasama berterusan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan di kawasan itu, khususnya di Parlimen Pensiangan.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, usaha berterusan kerajaan untuk membangunkan rakyat memerlukan sokongan berterusan.

Menurutnya PBRS telah memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan di kawasan Parlimen Pensiangan, dan banyak perubahan telah dibawakan oleh parti itu dan BN ke kawasan tersebut.

Usaha kita untuk membasmi kemiskinan dapat dilihat dengan perancangan yang telah dan sedang dilaksana oleh kerajaan, antara lainnya ialah projek agropolitan yang bakal dilaksana di kawasan Pensiangan,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Naib Presiden PBRS, Datuk Kadoh Agundong dan Ketua Bahagian PBRS N.38 Nabawan, Paul Yambak serta Ahli Majlis Tertinggi PBRS.

Menurut Kurup, walaupun parti itu dianggap kecil tetapi telah membawa peranan yang sangat penting kepada perubahan lanskap di kawasan luar bandar.

Sempena majlis itu sebanyak 198 borang keahlian menyertai PBRS diserahkan melibatkan Kg.Solog (126 borang), Kg Tataluan (16 borang), Kg.Sungoi Matoi (26 borang) dan Kg.Tompusison (30 borang).

Sikin Ating dari Kg.Tompusison berkata, mereka menyokong kerajaan BN kerana melihat usaha bersungguh-sungguh wakil rakyat yang membawa perubahan kepada rakyat, seperti pembaikan rumah panjang yang memberi harapan baru kepada mereka.

No comments:

Post a Comment