Friday 12 November 2010

PENGUNDI HANTU CEMAR PEMILIHAN PKR?



Saudara Pengarang,

DALAM keghairahan Mantan Calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Haji Ansari Abdullah mendakwa beliau tewas dalam PRK berkenaan kerana ‘Pengundi Hantu’, Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, Jenapala Perumal Subaan pula mendedahkan terdapat ‘Pengundi Hantu’ dalam proses pemilihan pucuk pimpinan parti yang sedang rancak berjalan.

Sebagai ahli akar umbi PKR Sabah, saya agak terkejut dengan dakwaan Janapala bahawa terdapat bukti penyelewengan dan penipuan undi di Cabang Sandakan, apabila Azmin memperoleh 415 undi meninggalkan Zaid (25 undi), sedangkan ahli yang keluar mengundi hanya 81 orang. Persoalannya dari mana datangnya 359 undi jika bukan ‘Pengundi Hantu’ yang hanya boleh dilihat urusetia pemilihan?

Janapala juga mendakwa bahawa seramai 898 ahli dikatakan mengundi tetapi pada Perhimpunan Agung Tahunan Libaran hanya 99 sahaja yang mengundi; aneh apabila Azmin memperoleh 881 undi sementara Zaid hanya enam undi.

Pendedahan Janapala ini agak pelik kerana peratusan keluar mengundi dalam pemilihan PKR adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja, tetapi di Sandakan dan Libaran, peratusannya mencecah 43 dan 60 peratus.

Sehubungan itu, sewajarnya Majlis Tertinggi PKR campurtangan dan menggantung dua Cabang berkenaan terutama yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan Negeri yang turut terlibat dalam penipuan sebelum PKR hancur oleh tangan ‘Syaitan’ yang mahu menghancurkan PKR daripada dalam.

Salam Hormat,

ANTI PENGUNDI HANTU!

No comments:

Post a Comment