Thursday 4 November 2010

LINDA HARGAI SOKONGAN PENGUNDI BATU SAPI



CALON Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, yang gembira dengan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Parlimen Batu Sapi yang memberi menyokong dan kepercayaan kepadanya.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan presiden Parti Bersatu Sabah dengan sokongan yang diberi. Saya percaya mendiang suami saya berbangga dengan kejayaan ini,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan seluruh jentera parti atas kemenangan besar BN pada pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi.

Musa berkata, Perdana Menteri menghubunginya menerusi telefon dan menyatakan rasa gembiranya dengan kemenangan itu.

"Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Batu Sapi kerana membuat pilihan tepat," katanya pada sidang media di kediamannya di Sri Libaran, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment