Friday 19 November 2010

RAKYAT SABAH AKAN TERUS MISKIN?



Saudara Pengarang,

HARGA getah kini mencapai harga tertinggi pada hari ini. Di Semenanjung harga melebihi RM13.00 sekilogram bagi SMR20 dan RM5.80-RM6.90 sekilogram bagi 'cup lump'. Di Sabah harga getah 'cup lump' hanya RM4.60 sekilo dan 'rubber sheet' hanya RM6.30.

Sepatutnya harga getah 'cup lump’ di Semenenjung dan Sabah sama atas dasar 1 Malaysia iaitu RM5.80-RM6.90 dan getah kepingan melebihi RM10.00 sekilogram. Pekebun kecil getah Sabah tidak dapat manfaaat harga getah yang kini tinggi. Tidak hairanlah kalau Sabah dianugerahi sebagai negeri termiskin di Malaysia oleh Bank Dunia kerana peluang pekebun getah untuk meningkatkan taraf hidup terbantut dan harga getah tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Semoga wartawan Sabahkini.net dapat membantu membela nasib pekebun kecil getah di Sabah dengan mendesak kerajaan menetapkan harga getah berasaskan konsep 1 Malaysia dan 1 harga getah di seluruh Malaysia.

Terima kasih di atas perhatian tuan dengan nasib pekebun kecil getah di Sabah.

Salam Hormat,

JOE

No comments:

Post a Comment