Friday 5 November 2010

RAKYAT SABAH TOLAK KONSEP 'SABAH FOR SABAHANS'



ALBUM…..Liew bergambar beramai-ramai dengan keluarga Sarjan Major Thiagaraja.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga selaku Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong, berkata kemenangan besar di Barisan Nasional kedua-dua kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK), DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sandakan membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah menerima kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ini membuktikan kerusi DUN Galas yang dimiliki oleh parti pembangkang iaitu PAS telah dapat direbut semula oleh calon Barisan Nasional (BN) dan yakin lebih banyak lagi kerusi akan kembali ke pangkuan BN pada pilihanraya umum akan datang.

VK Liew berkata demikian semasa mengadakan kunjungan muhibbah sempena perayaan Deepavali ke rumah keluarga Sarjan Major Thiagaraja A/L Doraimay di Kuaters Polis Diraja Malaysia, Taman Mata Hari, Sandakan pagi tadi.

Dengan janji manis Yong Teck Lee kata VK Liew, di awal-awal lagi masyarakat Cina telah meramalkan bahawa SAPP akan meraikan kemenangan besar kerana dakwa mereka, kononnya undi masyarakat Cina khususnya dari Karamunting, Sibuga Jaya, Taman Sibuga, Taman Mawar, Kg Cecily Road kawasan darat dari batu 10 hingga batu 19 akan berpihak kepada Calon SAPP dan akan memberikan kemenangan besar kepada Yong untuk merebut kerusi parlimen di kawasan tersebut.

Tapi ramalan mereka jauh meleset dan tidak tepat, sebaliknya kata VK Liew, Datin Linda Tsen yang mendapat undi sebanyak 9,773 undi telah mengejutkan Yong yang hanya mampu menduduki tempat ketiga dengan 2,031 undi selepas calon PKR, Haji Ansari Abdullah yang mendapat undi 3,414; mengukir majoriti yang lebih besar kepada BN.

Kata VK Liew, rakyat Sabah sudah pintar membuat keputusan terbaik untuk mereka kerana yakin dengan keikhlasan perjuangan Datin Linda yang terpaksa memikul tanggung jawab berat yang ditinggalkan mendiang suaminya.

“Saya harap agar Datin Linda meneruskan agenda pembangunan demi memperkasa perjuangan Barisan Nasional yang menjulang konsep perkongsian kuasa secara adil dan saksama,” ujar VK Liew lagi.

Dalam perkembangan lain, VK Liew menjelaskan kunjung mengunjung dalam apa jua perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas dan Deepavali ini merupakan satu budaya kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan anutan pelbagai kepercayaan agama.

Satu daripadanya, jelas VK Liew melalui lawatan sebegini yang menjurus kepada mewujudkan semangat setia kawan dan bersepadu antara satu sama lain sejajar dengan konsep Gagasan 1Malaysia dan bukannya ‘Sabah for Sabahans’ yang dicetuskan oleh Yong; atau ‘Malaysia for Malaysian’ yang dibangkitkan Lim Kit Siang; Konsep palsu tersebut akan membawa porak poranda kepada masyarakat majmuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment