Tuesday 2 November 2010

SAYA SAYANG SABAH, JUGA MALAYSIA



Saudara Pengarang,

ORANG Sabah sudah cukup terkenal dengan semangat jati negeri yang tebal. Mereka sayangkan negeri mereka dan mereka berbangga menjadi orang Sabah. Namun semangat toleransi antara kaum di Sabah juga adalah ‘second to none’ iaitu begitu erat sekali.

Jika anda bertemu seorang anak Sabah di luar negeri dan anda bertanya dia orang apa, akan dijawabnya ‘saya orang Sabah’ bukannya ‘saya orang Kadazan/Dusun, atau Bajau, Jawa, Bugis’ dan sebagainya. Begitu bangganya mereka dengan identiti diri mereka ini.

Tapi rakyat Sabah tidak bodoh dan juga tidak sombong. Sesiapa saja orang luar yang datang ke negeri ini tetap akan dilayan dengan mesra dan hormat sekali asalkan orang luar ini juga datang dengan hormat dan mesra.

Oleh itu slogan ‘Sabah for Sabahans’ yang dilaungkan oleh Yong Teck Lee dilihat sebagai bersifat kenegerian sempit dan tidak melambangkan semangat rakyat Sabah sebenar.

Yong Teck Lee cuba bermain isu perkauman, memecahbelahkan perpaduan antara negeri Sabah dan negeri-negeri lain di bawah bumbung negara Malaysia.

Bayangkan jika rakyat Sabah menerima slogan “Sabah for Sabahans” ini, bagaimanakah nasib yang akan diterima oleh rakyat-rakyat Sabah yang tinggal di perantauan orang? Mereka mungkin akan disisihkan, dipulau oleh rakyat dari negeri lain disebabkan oleh slogan sempit Yong teck Lee ini.

Salam Hormat,

JESSELTON TODAY

No comments:

Post a Comment