Friday 12 November 2010

SEKOLAH SWASTA DAN IJAZAH PALSU BERLELUASA?




Saudara Pengarang,

MALAYSIA digemparkan dengar berita daripada BBC London yang menyiarkan laporan bahawa menantu orang kenamaan Negara, (Dr) Fazley Yakob mengakui memilik ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan Sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan; sekaligus mencemarkan imej Malaysia sebagai Hub Pendidikan Asia.

Mengikut laporan BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Sehubungan itu, University of Wales di Cardiff, United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Sebelum ini Sabah turut gempar dengan beberapa tokoh politik yang dikhuatiri memiliki Ijazah Palsu termasuk Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli, Datuk Akjan, Datuk Zaki Gusmiah dan sebagainya; namun tidak begitu menarik perhatian masyarakat disebabkan mereka tidak menggunakan ijazah berkenaan untuk mendapatkan kerja.

Namun isu yang paling ketara di sini, bukan sahaja ijazah palsu yang diakui Fazley, tetapi banyak Universiti, Kolej dan Sekolah swasta yang tumbuh bagaikan cendawan di Sabah yang tidak mempunyai kelayakan akreditasi tetapi dibenarkan beroperasi sejak puluhan tahun lalu.

Contoh paling ketara ialah Kolej Tiram di Bandar Wilayah Jasa Lahad Datu yang mengadakan beberapa twinning program dalam bidang pertanian, perladangan dan pembelajaran sekolah swasta tanpa sebarang lesen.

Seluruh penduduk Lahad Datu curiga dengan Kolej Tiram yang tidak mempunyai website atau blog di zaman IT dan semakan saya mendapati Kolej Tiram tidak tersenarai di dalam Sekolah atau Institusi Pendidikan Swasta. Sila lawat masuk http://www.schoolmalaysia.com untuk mengetahui senarai sekolah swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Malaysia.

Perbuatan menjalankan perniagaan pendidikan tidak berlesen yang bukan sahaja berlaku di Lahad Datu, malah di seluruh Sabah; namun Jabatan Pelajaran hanya menutup mata dan membiarkan para pelajar bumiputera menderita ditipu oleh Sekolah Swasta yang tidak berlesen.

Sehubungan itu, saya menggesa agar Jabatan Pelajaran Sabah, Jabatan Pengajian Tinggi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana perkara ini boleh berlaku di Sabah yang sepatutnya mempunyai Menteri Pelajaran sendiri!



No comments:

Post a Comment