Tuesday 2 November 2010

SIAPA KATA 'SFS' TIDAK BERPIJAK DIBUMI NYATA?



Saudara Pengarang,

SIAPA kata slogan ‘Sabah for Sabahan’ (SFS) tidak berpijak di bumi nyata? Jikalau pemimpin Persekutuan terus menerus enggan mendengar rintihan rakyat Sabah yang inginkan ‘Keadilan dan Kesaksamaan’ seperti yang terkandung di dalam 20 Perkara, apa akan terjadi?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim harus sedar bahawa Sabah dan Sarawak menyertai pembentukkan Malaysia kira-kira 47 tahun lalu, tetapi hak Sabah dari segi kuasa autonomi dan hak mendapat pengagehan kekayaan sumber galian asli dan gas tidak pernah selesai malah ‘janji-janji kosong’.

Taktik mereka yang terbaru lagi yang menyakitkan hati rakyat Sabah ialah apabila isu hak autonomi dan ‘SFS” dibangkitkan mereka kata itu isu lapuk dan sudah basi. Kami rakyat Sabah ingin bertanya Datuk Rais, apakah kami rakyat Sabah tidak berhak menagih janji janji Persekutuan yang belum tertunai supaya ditunaikan?

Harus maklum bahawa Sabah bukan merdeka di bawah Malaysia tetapi Sabah merdeka bersama Malaya dan merealisasi pembentukan Malaysia.

Rais cuba mengeruhkan lagi suasana politik di Sabah khususnya PRK Batu Sapi apabila beliau menyifatkan ada pihak yang sengaja membangkitkan isu 'Sabah For Sabahan' (SFS) dan autonomi untuk meraih sokongan politik tetapi sebenarnya dalam sesuatu PRK isu seperti ini termasuklah kegagalan kerajaan mestilah timbul kalau tidak, mustahillah pembangkang berkempen memuji-muji BN pula.

Beliau berkata isu berkenaan bukan sahaja lapuk dan muncul apabila ada pilihanraya termasuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, tetapi juga sebenarnya cuma membicarakan perkara yang langsung tidak berkaitan dengan isu kenegaraan.

Seperkara lagi, apabila Rais menyentuh Perkara 161, Perlembagaan Malaysia, perkara (kedudukan Sabah) yang sudah diputuskan dan akan terus diamalkan di tanah air, Rais gagal meneliti kehendak Rakyat Sabah ketika menguatarakan isu hak kuasa autonomi dan SFS ia bukan menyentuh Perkara 161 tetapi disebabkan ia sudah tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan mengapa pelaksanaannya dilengah-lengahkan lagi, itulah yang ditagih Rakyat Sabah sekarang.

Menurut Rais, 20 Perkara yang disebutkan dahulu sudah selesai kecuali beberapa perkara yang berkaitan dengan penempatan pegawai namun itupun cuma pada peringkat-peringkat tertentu dan ianya sedang diatur dengan baik Tetapi bila?

Salam Hormat,

JOE MERDEKA

No comments:

Post a Comment