Friday 19 November 2010

SIMPANG ROJAK ATAU SIMPANG MAUT?



ROJAK…Richard Ang (kiri) bersama Kapitan Liew meninjau kawasan ‘Simpang Rojak’.

Oleh: MAIL MATHEW

DUA pemimpin masyarakat Tenom turun padang gara-gara tertekan dengan cemuhan pengguna jalanraya kerana mereka (pengguna) bosan dengan sikap pihak tertentu terus membiarkan kedudukan ‘Simpang Rojak’ berdekatan Kompleks Wawasan, bersebelahan Jalan Jaungkan sehingga mencelarukan pemandu; disebabkan arah aliran kenderaan yang tidak menentu.

Ramai berpendapat bahawa sekiranya keadaan berkenaan terus dibiarkan, mangsa semakin keliru dan akan mengundang lebih banyak kecelakaan jalan raya di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB), Kapitan Liew Foh Sin dan Pemaju Mukim Pekan dan Kalang, Richard Ang yang terpaksa turun padang pada Jumaat untuk meninjau sendiri permasalahan tersebut sebelum laporan dibuat kepada pihak berkenaan.

Namun kedua-dua pemimpin masyarakat itu menyifatkan rasional di sebalik teguran masyarakat sekeliling mempunyai asas dari aspek keselamatan pengguna jalanraya yang pastinya ada keperluan untuk diambil perhatian serius oleh pihak tertentu.

Dalam pada itu, Kapitan Liew selaku Pengerusi JKDB di sini, sering menerima tomahan seperti itu tetapi pihaknya telahpun memasukkan masalah tersebut dalam laporan mesyuarat bulanan mereka.

Bagaimana pun jelasnya, beliau terpaksa melakukan tinjauan sekali lagi dengan bantuan Pemaju Mukim Richard Ang untuk mempastikan keperluan sebenar sebelum laporan dimajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Majlis Daerah di sini untuk tindakan seterusnya.

Sementara itu, difahamkan bahawa beberapa kemalangan telah berlaku di situ kerana pemandu menjadi keliru disebabkan simpang empat tersebut berlaku dua peringkat yang berhampiran dan mengelirukan kerana tiada papan tanda atau garisan aliran trafik yang menunjuk arah aliran yang sebenar.

“Kehadiran kami sebagai prihatin kepada suara masyarakat pengguna yang memerlukan perkhidmatan kerajaan dalam sesuatu isu, sebaliknya kami bukan bertindak untuk mendapat publisiti tetapi demi membantu kerajaan…(jadi) kami akan mencari jalan untuk selesaikan masalah ini kerana bimbang Simpang Rojak ini akan menjadi Simpang Maut,” tegas Richard Ang lagi.

No comments:

Post a Comment