Sunday 28 November 2010

SPRM DIDESAK SIASAT TUNTUTAN PALSU DI SULAMAN



PALSU.... Surat tuntutan projek kontraktor palsu. Gambar kecil Marsah.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SEORANG AHLI Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran, Marsah Muyong telah mengesan taktik kotor beberapa kontraktor di Kawasan Sulaman yang telah mengemukakan tuntutan palsu bagi memohon pembayaran projek kecil meskipun tidak ada membuat pembinaan dan pembaikan untuk projek itu dilakukan.

Beliau yang menggangap tindakan seperti ini bertujuan untuk menipu kerajaan dan rakyat meminta agar pihak yang berwajib termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah agar menjalankan siasatan rapi bagi mempastikan tidak berlakunya kelulusan seperti itu oleh di Majlis Daerah Tuaran (MDT).

"Saya bimbang jika sebelum taktik ini dikesan, Pegawai MDT telahpun memberikan kelulusan dan pembayaran terhadap projek-projek yang tidak dilaksanakan seperti telah berlaku di Kampung Lok Batik Tuaran, di mana ianya jelas memberi kerugian kepada rakyat yang memerlukan kemudahan seperti jambatan itu," kata Marsah yang juga bekas Ahli Majlis Daerah Tuaran.

Sehubungan itu, Marsah yang mendapati berlakunya taktik mengemukakan tuntutan palsu melalui surat bil: JKKK/LB/02 yang dikemukakan kepada Majlis Daerah Tuaran pada 13 Oktober 2010 dengan mengunakan tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lok Batik Tuaran, yang menuntut pembayaran pembaikan sebuah jambatan sebanyak RM15,000 di kampung tersebut sebagai bukti terhadap berlakunya pemalsuan tuntutan itu.

"Tindakan memohon pembayaran kepada sesebuah projek yang tidak pernah laksanakan ada satu kesalahan yang amat besar dan jika ia terus berlaku boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sendiri, selain itu tindakan mengunakan nama JKKK adalah merupakan satu pencabulan terhadap pengerusinya," kata Marsah dengan nada kesal.

Walau bagaimanapun kata Marsah, Penolong Pegawai Takbir MDT, Yunus Haji Idris sewajarnya mendapat pujian kerana telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke tapak projek pada 14 Oktober 2010 sebelum memberikan kelulusan pembayaran terhadap projek jambatan itu.

Marsah menyatakan berdasar kepada lawatan oleh kakitangan MDT yang mendapati tiada sebarang pembaikan terhadap jambatan tersebut dilakukan kerana masih mendapati kebanyakan papan lantai jambatan reput dan berlubang yang perlu diperbaiki serta tiada pengantian gelagar jambatan yang reput.

Memandangkan pembaikan tidak dilakukan, maka MDT menerusi surat jawabannya terhadap tuntutan itu yang ditandatangani oleh Yunus sendiri telah meminta pihak kontraktor yang mengunakan kepala surat JKKK Kampung Lok Batik Tuaran agar menyiapkan kerja-kerja yang diarahkan sebelum surat tuntutan semula dikemukakan kepada pihak MDT.

Marsah yang menganggap perbuatan itu amat memalukan meminta kerajaan dan kepimpinan di Tuaran dan Sulaman termasuklah Datuk Hajiji Haji Noor yang menjadi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sulaman agar mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat.

No comments:

Post a Comment