Friday 12 November 2010

TUPAI TERBANG PUNCA ELEKTRIK TERPUTUS



BEKALAN eletrik ke beberapa kawasan di daerah Papar, Sabah terputus pada Khamis jam 6.55 petang disebabkan oleh seekor tupai terbang (Flying Squirrel) yang tersangkut di pencawang milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Antara kawasan yang terlibat adalah Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut, Beringgis, Pengalat Besar dan kawasan sekitar yang berdekatan.

Kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh pihak SESB sebaik menerima aduan dari pelanggan dan bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat pada jam 7.56 petang pada hari yang sama.

Pihak SESB memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna SESB ekoran daripada kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment