Monday 27 December 2010

20 KALI BERTANDING, 21 KALI KALAH?



Saudara Pengarang,

TERTARIK dengan pandangan 007 (James Simon Bond) bertajuk ‘Apa Jasa Tamrin Kepada PKR Sabah?’ kerana beliau melenting terhadap pendirian Naib Ketua Cabang Semporna, Abdul Karim Ammad mengenai kepimpinan baru PKR Sabah dengan memberikan pandangan peribadinya mengenai laporan 21 cabang sokong Ahmad Tamrin Jaini sebagai Pengerusi MPN Negeri Sabah yang baru.

Apakah 007 ingat bahawa PKR di Sabah cuma di Batu Sapi dan Haji Ansari sahaja atau OKK Hassnar seorang? Kalau itulah di fikiran 007, sampai Planet Nibiru langgar bumipun PKR tidak akan memerintah Sabah (Kiamat).

Batu Sapi cuma salah satu daripada 25 cabang di Sabah atau 0.4 % sahaja dari keseluruhan cabang PKR Sabah, berbanding Tamrin Jaini yang dapat sokongan 18 cabang secara mutlak atau 72% Cabang dan sokongan lisan 12%. Secara keseluruhannya 90% Cabang; kalau diertikan dengan keputusan peperiksaan, Tamrin dapat A+++ atau Cemerlang, Gemilang dan Terbilang daripada sokongan 21 cabang PKR Sabah.

Mungkin juga 007 tidak pernah belajar matematik atau belum pernah menggunakan ‘kalkulator’ untuk menilai pemimpin, sedangkan Demokrasi juga berkonsepkan angka iaitu suara majoriti mengatasi suara minoriti.

Apa pun pandangan Naib Ketua Cabang Semporna itu adalah berdasarkan Fakta dan menggunakan otak yang rasional, bukannya otak mereng atau otak Hitler yang tidak boleh menerima fakta dan hakikat bahawa telah muncul seorang pemimpin yang hebat di kalangan PKR Sabah yang mampu untuk menyatukan barisan pimpinan MPN Negeri Sabah menghadapi PRU13.

Semasa Haji Ansari menjadi Pengerusi MPN Negeri Sabah, beliau hanya mendapat sokongan antara 6 hingga 7 cabang sahaja dan selebihnya menyokong Datuk Dr Jeffrey Kitingan; bahkan Cabang Batu Sapi yang dipimpin oleh Datuk Nahalan Damsal juga menyokong Dr. Jeffrey dan tidak bersama Haji Ansari. Inilah fakta yang 007 harus akui.

Hari ini Tamrin muncul dengan kelas Cemerlang A+++ dalam PKR Sabah, 007 dan ‘Bossnya’ kena terima hakikat bahawa 90% Ketua Cabang Sabah mahu Tamrin dipilih untuk membawa panji-panji PKR Sabah pada pilihanraya umum akan datang.

Pada pandangan kami, kita harus ‘reject’ pandangan 007 ini kerana bertujuan hendak merosakkan PKR Sabah, sekaligus menggagalkan harapan PKR pada PRU 13. Kalau 007 suka sangat dengan Haji Ansari dan Hassnar, jangan sampai 007 merosakan PKR keseluruhannya di negeri ini.

Nasihat kami, Haji Ansari (Tuaran) perlu memberikan sokongan bersama tiga cabang lain (Ranau-Jonathan Yasin; Batu Sapi-Hassnar Ibrahim; Marudu-Anthony) bagi menyertai kumpulan majoriti menghadapi PRU13. Jangan pula ada orang yang bernafsu mahu menjadi Ketua MPN Negeri, tetapi 20 kali bertanding dalam pilihanraya, 21 kali kalah.

Untuk makluman 007, jasa seseorang hanya akan dinilai jika orang lain dan kumpulan majoriti menerimanya, bukan terperangkap dalam skima pemikiran kolot sendiri atau kumpulak minoriti yang menjadi perosak parti.

Salam untuk 007,

PEMINAT PKR SABAH.

No comments:

Post a Comment