Thursday 16 December 2010

BARISAN BERSATU BORNEO WADAH POLITIK JEFFREY



BEKAS naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Katanya agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.

Jeffrey, yang menjelaskan beliau belum menyerahkan surat keluar daripada PKR, berkata UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, beliau berkata UBF akan menyokong sesiapa saja yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak. (BERNAMA)

1 comment:

  1. Dr Jefrey silalah fokus memperjuangkan HAK SABAH..politik sarawak masih dikuasai rakyat/parti sarawak sendiri..kita di sabah ?? inilah cabaran utama kita sabahan

    ReplyDelete