Saturday 11 December 2010

BESI PENGHADANG HALANG PANDANGAN PEMANDU



Oleh: IBRAHIM TABIR

BESI penghadang yang dipasang di tepi laluan pejalan kaki (gambar) menghalang pemerhatian pemandu yang ingin masuk ke Jalan Utama di tiga buah simpang di pekan Kunak.

Ada ketika, apabila pemandu kenderaan ingin masuk ke jalan utama, kenderaan lain yang berada di laluan utama tidak dapat dilihat dengan jelas meskipun jaraknya agak jauh kerana halangan besi penghadang tersebut.

"Ada kalanya, kita (pemandu kenderaan) yang mahu masuk ke jalan utama terpaksa berhenti lama di simpang walaupun boleh teruskan bergerak masuk ke laluan utama tapi besi penghadang itu menggangu penglihatan," kata Sulaiman, seorang pemandu.

Difahamkan tiga buah simpang jalan yang dimaksudkan menghalang 'pandangan' pemandu khususnya mereka yang berada di kawasan itu termasuk Simpang keluar dari premis Bangunan Sapang, simpang keluar dari stesen minyak Petronas dan simpang dari Masjid pekan Kunak. Tiga buah simpang tersebut masing-masing terletak berhampiran.

No comments:

Post a Comment