Friday 24 December 2010

BIODATA PENULIS ARTIKEL DAN SURAT PEMBACA



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SABAHKINI.NET tidak lagi menyiarkan surat pembaca dan artikel daripada penulis ‘Hantu’ yang tidak menyertakan biodata, nombor telefon dan gambar berukuran pasport untuk tujuan tapisan keselamatan.

Atas nasihat peguam, Sabahkini.net memerlukan para penulis surat pembaca dan artikel menyertakan gambar dan bukti setiap dakwaan yang mereka ingin siarkan di Sabahkini.net (melainkan mereka yang dilantik sebagai wartawan Sabahkini.net).

Sabahkini.net mempunyai budibicara sama ada untuk menyiarkan atau tidak artikel yang diemail dan berhak untuk melakukan suntingan secara bebas dan menukar tajuk artikel berkenaan mengikut kesesuaian.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi Wartawan Daerah, sila buat permohonan melalui email dengan menyertakan biodata, salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport agar kad wartawan (sambilan/sepenuh masa) dapat dikeluarkan kepada pemohon.

No comments:

Post a Comment