Tuesday 28 December 2010

DASAR 10/100 MUDAH DILAKSANA PAKATAN RAKYAT



ARUS gelombang PRU 13 sudah terasa rakyat Malaysia, kini rakyat sudah tidak teragak-agak untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya ke 13 akan datang kerana rakyat tahu jika peluang ini tidak di amanatkan maka peluang seterusnya tidak akan datang lagi.

Semua pihak termasuklah Barisan Nasional sedar perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat hanya dalam masa 100 hari pemerintahan dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas demi untuk kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberi kuasa mutlak oleh rakyat untuk memerintah Negara Malaysia, perkara pertama dilakukan ialah mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan; bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam perbagai aspek.

Yang kedua menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang ternyata merupakan akta zalim. Langkah ketiga menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi penganjian tinggi.

Manakala langkah keempat pula ialah memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan melonggarkar proses permohonan akhbar, majalah atau media yang bebas. Langkah yang kelima ialah memberikan keutamaan kepada kebajikan terhadap warga emas, iaitu menaikan kadar bantuan kepada golongan warga emas.

Langkah keenam ialah memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WIFI kepada seluruh rakyat Malaysia secara percuma bagi memudahkan rakyat mengakses internet dengan lebih mudah dan lebih mengetahui maklumat kerajaan.

Bagi langkah ketujuh, Kerajaan Pakatan akan mengutamakan dalam tempoh 100 hari pemerintahannya untuk meningkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM 4,000 sebulan.

Manakala yang kelapan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. Bagi langkah kesembilan pula, Pakatan Rakyat berjanji untuk memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman di antara pelbagai penganut agama di negara ini.

Langkah terakhir, menambaik dan menjadikan Polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak ataupun politik.

Kesemua perkara yang telah digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi mandat dan peluang memerintah negara ini kerana ia sememangnya berada di bawah Kerajaan Pusat.

No comments:

Post a Comment