Monday 13 December 2010

ELAK PENYAKIT KRONIK DENGAN BERSENAM



TERIMA KASIH….Salah seorang peserta senamrobik sihat, cergas, ceria menerima hadiah berupa hamper daripada Samsudin.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

TERDAPAT tiga faktor manusia mudah mendapat menyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi yang berpunca mungkin kecuaian manusia itu sendiri.

“Contohnya kalau buat minum kopi kalau tidak manis dianggap kurang enak, begitu juga kalau masakan tidak beberapa masin dianggap tidak sedap dan tidak menyelerakan dan sama juga kalau tidak merokok otak jadi beku dan tidak ada idea untuk memikirkan sesuatu” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Hj Samsudin Yahya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sihat, Cergas dan Ceria di Kampung Segaliud anjuran bersama Klinik Kesihatan Ulu Dusun dan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan di sini kemarin.

Katanya, tiga jenis penyakit kronik tersebut yang merupakan ancaman dan musuh utama kepada manusia terutama golongan usia menjangkau umur 30-an ke atas harus pandai mengawal lebih awal dan melibatkan diri dalam senaman dan mengelakan makanan yang banyak mengandungi kolestrol, masin, manis, dan berlemak.

“Saya yakin, kita sebagai manusia, sekiranya pandai mengawal daripada mengambil permakanan yang seimbang, Insya Allah semua ini dapat dielakan”ujarnya.

“Dalam hubungan ini saya mengucapkan syabas dan memberi penghargaan kepada pihak penganjur kerana program sebegini banyak manfaatnya dan berfaedah kepada masyarakat setempat khususnya kepada penduduk Kampung Segaliud ini,” tambahnya.

Samsudin berharap program ini tidak hanya sampai di sini sahaja namun sebaliknya ianya hendaklah diadakan berterusan dari semasa ke semasa untuk menyedarkan kepada masyarakat mengenai pelbagai penyakit.

Ketika disoal Sabahkini.net mengenai situasi politik semasa, Samsudin menjelaskan bahawa di kawasan Batu Sapi buat masa ini, sudahpun reda kerana baru sahaja meraikan kemenangan setelah calon BN, Datin Linda Tsen memperoleh undi majoriti yang besar setelah menewaskan dua calon pembangkang iaitu PKR dan SAPP.

Apapun kata Samsudin, rakyat di kawasan Batu Sapi khususnya Sekong, harus bekerja keras dan menggembleng tenaga untuk memantapkan lagi prestasi perjuangan UMNO dan BN di kawasan sekong untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir ini.

Selain itu, Samsudin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengundi khususnya penyokong BN di Kampung Segaliud kerana semasa pilihan raya lalu telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada calon BN sehingga menempuh kejayaan yang cemerlang

No comments:

Post a Comment