Saturday 18 December 2010

GILAP SEMANGAT BENTUK KELUARGA BAHAGIA



SAMPAIKAN…. Radin menyampaikan bantuan kepada penerima di dewan DSP Antenom sambil disaksikan Abdul Halil dan Clarence (kiri).

Oleh : HASSAN DALIMPOS

RAKYAT di negeri ini diharap menggilap semangat cintakan keluarga bahagia dalam mencapai keharmonian dan kebahagiaan demi mencapai zaman era pemodenan yang mencabar tanggungjawab ibubapa.

Pembantu menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Radin Malih berkata elemen-elemen keluarga bahagia antaranya ialah menggarap dan menerapkan nilai-nilai cintakan keluarga dengan membina jambatan kasih.

Ibubapa memainkan peranan memberi kefahaman dan menimbulkan kesedaran yang mendalam mengenai naluri-naluri anak-anak mereka, menyedarkan mereka memahami asas perhubungan kemesraan dan wujudkan kasih sayang serta mengimbangi antara kerjaya dan hubungan keluarga, katanya.

Radin yang juga Adun Melalap berucap merasmikan program Lembaga penduduk dan perumahan keluarga negara (LPPKN) @ Komuniti di dewan Datuk Seri Panglima Antenom pada rabu berharap ilmu keibubapaan itu bermanfaat untuk mengwujudkan kesedaran semua lapisan masyarakat terutamanya ibubapa untuk menjadi keluarga sejahtera.

Katanya, peranan ibubapa dalam melahirkan anak-anak yang berjaya amat penting lapangan ini, iaitu dengan memberi pendidikan dan pelajaran teras utama, menjadi role model, memberi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal yang selesa, membentuk sahsiah kepribadian yang mulia, menjaga maruah kehormatan diri dan menjunjung probadi yang sesuai dengan adab ketimuran masyarakat kini.

"Insitusi keluarga merupakan tunjang perubahan masyarakat, proses penyebaran maklumat akan menjadi lebih cepat dan mudah menerusi teknologi-teknologi moden dan penghayatan ilmu kerohanian dalam agama dapat menjadi bimbingan dan pedoman bagi masyarakat kerana ini membina benteng penghalang segala cabaran dan permasalahan di masa akan datang,” katanya.

Justeru itu kata Radin, dalam konteks ini keluarga dilihat sebagai asas unit masyarakat yang perlu diperkukuh, bersatu padu dan produktif menghadapi cabaran dalam persekitaran yang sentiasa berubah untuk menangani gejala sosial anak-anak yang kian mencabar, jelasnya.

PERIKSA…. pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN kepada orang ramai.

Dalam program tersebut Radin turut menyampaikan 100 buah beg kepada penerima yang terdaftar sebagai miskin tegar, muda miskin dan miskin yang tersenarai dalam e-Kasih di seluruh Tenom.

Seramai 100 orang dewasa dan 80 orang remaja masing-masing menerima bantuan yang disediakan oleh LPPKN dalam bidang keberhasilan utama negara (NKRA) di daerah ini yang diwujudkan sejak Julai 2009 yang diumumkan Perdana Menteri untuk menyokong perlaksanaan petunjuk prestasi utama (KPI).

Lebih kurang 300 orang hadiri program itu, dimana selain pembahagian bantuan seperti beras, beg dan bantuan lain, rakyat berpeluang memeriksa kesihatan melalui kaunter yang dibuka untuk pemeriksaan kesihatan oleh klinik LPPKN Sabah.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Clarence Puin Pinduruh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Melalap Balasius Masuning dan Pengarah LPPKN Abdul Halil Bin Omar serta Datin Angeline Tom.

No comments:

Post a Comment