Monday 27 December 2010

HENTIKANLAH DEBAT MPN DI INTERNET!



Saudara Pengarang,

SAYA, Zainuddin Hassan selaku Naib Ketua dan merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, turut mengambil kesempatan untuk memberi nasihat dan pandangan dalam perdebatan internet di antara Naib Ketua Cabang Semporna mahupun 007 dan juga kepada rakan yang tidak bernama memberi komen terhadap 007.

Pandangan saya, siapapun yang dipilih oleh Presiden PKR sebagai Majlis Pimpinan Negeri Sabah, sama ada Saudara Ahmad Tamrin Hj Jaini ataupun Hj Ansari Abdulah, kedua mereka ini layak sebab mereka adalah ahli parti dan punya komitmen dan potensi sebagai pemimpin kita.

Soalnya siapa kita yang mahu menentukan dan mencaci sesama sendiri, sepatutnya yang harus kita bongkar segala kecacatan ialah para pemimpin Barisan Nasional yang salahguna kuasa (RASUAH).

Nasihat saya kepada saudara-saudara berhentilah menghentam sesama sendiri dan kegiatan lobi melobi ini juga, hentikanlah. Sebagai ahli parti, kita kena patuh kepada keputusan yang dibuat oleh Presiden, kerana beliaulah Ketua di dalam Parti Keadilan Rakyat.

Bah, kalau kita tidak puashati dengan keputusan nanti keluar sahaja dari PKR dan buat parti baru. Bukankah itu lebih senang dan baru kita tahu kemampuan kita sampai ke tahap mana .

Ini adalah pandangan dan nasihat saya sahaja. Kalau mahu ikut, silakan; kalau tidak terpulanglah. Salam reformasi!

Wasalam,

ZAINUDDIN HASSAN

No comments:

Post a Comment