Saturday 25 December 2010

JAMAWI REDAH JALAN LICIN DEMI RAKYAT



Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW

DEMI keprihatinan terhadap rakyat, khususnya mereka yang mendiami kawasan jauh di pelusuk kampung, meskipun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti jalanraya licin, menyusuri lurah yang berbukit bukau, paling tidak lebih kurang empat jam dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi yang dituju iaitu Kg Tinura Ulu Tomani pasti menggerunkan dan membosan setiap pengunjung.

Namun kecekalan pemimpin pemuda ini untuk turun padang demi menunaikan tanggung jawabnya untuk mendekati rakyat bukan alasan atau penghalang bagi Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Pusat Jamawi Jaafar, melaksanakan tanggung jawab yang dipikulnya sebagai seorang pemimpin UMNO seterusnya menjadi contoh kepada pemimpin lain pergerakan itu.

Meskipun cuaca tidak mengizinkan, ketika bertolak dari pekan Tenom ke Kg Tinura dalam Mukim Ulu Tomani, kira-kira 40 km yang perlu diredahi pada Jumaat kerana dalam keadaan redup, mendung dan sudah kelihatan tanda-tanda hujan akan turun di sebelah petang namun kerana rakyat beliau tetap melaksanakan jadual lawatannya ke situ.

Setibanya beliau ke destinasi yang dituju setelah meredahi perjalanan selama 4 jam, Jamawi telah dikerumuni dan disambut dengan meriahnya di Rumah Kebudayaan Kg Tinura oleh ratusan golongan muda dan dewasa yang sudah lama menunggu ketibaan mereka dengan penuh ketabahan.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom dan Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan, rupa-rupanya misi kedatangan beliau bukan sahaja untuk menyampaikan peralatan sukan kepada para belia namun golongan ibubapa dan kurang upaya juga turut mendapat habuan sumbangan makanan dan wang tunai sempena menyambut perayaan Hari Natal.

Jamawi merupakan seorang pemimpin berketurunan suku Murut tentu sahaja beliau memahami selok-belok corak penghidupan masyarakat itu yang senantiasa dalam keadaan serba kekurangan, yang jauh sekali untuk disamakan dengan penghidupan di bandar besar.

Meskipun begitu, Jamawi tetap bertegas dan tidak putus asa untuk meyakinkan masyarakatnya agar mereka terus bernaung sokongan kepada para wakil rakyat yang ada ketika ini dibawah kerajaan BN yang mampu membela nasib masa depan mereka.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa penglibatan BN untuk menyemarakkan sambutan perayaan sama ada dalam kategori mengikut tradisi kesukuan atau keagamaan mengikut kepelbagaian kaum adalah selari dengan aspirasi Perdana Menteri yang mahukan semua perayaan dijadikan sebagai suatu perayaan muhibbah dalam konteks 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment