Saturday 4 December 2010

JANGAN MENYIBUK URUSAN DALAMAN PKR



Oleh: HAFIZ JAMAIL

PARTI Keadilan Rakyat Batu Sapi, mendesak agar seorang Pengerusi JKKK Kg Air, Sandakan, Jaafar @ Apong Mustapha jangan menyibuk dalam urusan PKR kerana beliau bukan ahli PKR, sebaliknya ahli tegar UMNO.

AJK PKR Batu Sapi, Shalman Nawang membuat desakan demikian setelah membaca kenyataan atau tohmahan Jaapar yang disiarkan Sabahkini.net bertajuk ‘Pemimpin PKR Tidak Bertamaddun’ yang disifatkannya sebagai mencari publisiti murahan seperti kuali mengatakan buntut periuk, hitam.

“Kalau dia buat publisiti itu semata-mata mahu minta naik pangkat daripada Pengerusi JKKK yang elaunnya hanya RM 100 sebulan kepada Pemaju Mukim di Batu Sapi, lupakan sahajalah kerana taraf Jaafar hanya ‘pariah’ dalam kasta UMNO,” ujar Shalman yang mendedahkan tembelang sebenar Jaafar yang bukan sahaja tidak layak untuk menjadi AJK UMNO kerana mencemarkan imej UMNO dengan perangai samsengnya; malah tidak mungkin dilantik sebagai Pemaju Mukim Batu Sapi.

Kata Shalman, beliau masih ingat sikap ganas dan samseng Jaafar ketika Persidangan Agung UMNO Libaran sedikit masa lalu, sewaktu Musa Aman menentang Hassan Alban Sandukong dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Libaran.

“Bukankah ketika itu Jaafar yang melemparkan bangku sehingga ada perwakilan yang cedera sedangkan ketika itu UMNO Vs UMNO sahaja. Inikah perangai mulia yang cuba diperkatakan Jaafar?,” kata Shalman yang meminta Jaafar menghentikan lawak bodoh ala ‘Mr Bean’ sebelum beliau menelanjangkan diri Jaafar di khalayak umum.

No comments:

Post a Comment