Tuesday 7 December 2010

KALAU-ADA-SUAPAN-TIDAK-ADA-MELARANG (KASTAM)



Saudara Pengarang.

Assamulaikum dan salam sejahtera. Kami menyokong Hj.Bakir dan Pegawai Pencen Kastam menulis artikel ‘Sembahyang Hajat Untuk Laknat Kastam’. Beberapa perkara yang kami ingin berkongsi demi untuk membongkarkan kegiatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pihak atasan KDRM.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kami harus membongkar kegiatan Pegawai atasan KDRM supaya Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tahu kelakuan mereka kerana manusia begini yang merosak imej dan memberi peluang kepada untuk Parti Pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan BN memang bagus tetapi hanya Pemimpin dan pegawai atasan kerajaan yang kuat mengamalkan rasuah itu dan selalu menyusahkan membuatkan rakyat membenci Kerajaan BN.

Sebagai contoh, bekas Pengarah Kastam Labuan, Hj Salleh yang kuat rasuah dan kini telah ditukar ke Semenajung Malaysia dan dinaikan pangkat yang lebih tinggi adalah satu lagi kesilapan kerajaan BN kerana tidak siasat latar belakang beliau yang menyalahguna kuasa dan menerima rasuah semasa beliau memegang jawatan Pengarah Kastam Labuan.

Seorang Pegawai Penguasa Kastam di Labuan yang ‘melanggar batu’ dengan Hj.Salleh tidak dibenarkan menandatangani semua dokumen kastam (import dan eksport) dan seorang lagi pegawai rendah ditukar menjaga stor.

Beliau pula bersubahat dengan sindiket membawa masuk kayu balak ke Labuan dan mengeksport keluar luar negara mengunakan manifest kastam untuk ‘transhipment’ yang disimpan di Asian Supply Base (ASB).

Taukey syarikat agen perkapalan bernama ‘Mr.Patrik’ yang mengaturkan semua ‘shipping’ dokumen eksport dan semua saiz kayu balak dikurangkan untuk melarikan pembayaran cukai sebenar dan juga dipercayai ‘Property Hammer Mark’ (PHM) yang ditukul di hujung balak pun disyaki palsu dan ada balak yang langsung tiada PHM Jabatan Hutan.

Apabila ditanya pegawai kastam di ASB mereka hanya jawab, "Ini balak tidak boleh kacau. Pegawai atasan Ibu Pejabat sudah tahu".

Waktu malam, sindiket akan tarik keluar balak dari Asian Supply Base ke sebuah kilang papan di Kg.merinding supaya tidak kelihatan terlalu banyak kayu balak yang disimpan di Yard ASB.

Kayu Balak dibawa masuk ke Labuan untuk ‘transhipment’ selalu dipindah daripada sebuah bot tongkang ke sebuah kapal besar di belakang Pulau Dahat. Kenapa pindah memindah bersembunyi di belakang Pulau Dahat. Perkara ini pun telah diberitahu oleh pegawai kastam bahawa semua kerja tidak betul ini berlaku ketika Dato’ Haji Khalid menjadi Pengarah Pencegah Malaysia.

Contoh kedua, sebuah kapal kargo dicekup oleh Marin Polis dua tahun lalu membawa berpuluh kontena minuman keras, rokok dan barang bercukai ke pelabuhan Bintulu. Kami meminta SPRM memeriksa semula fail kastam berapa biji kontena kena rampas dan berapa hukuman denda dan berapa taukey kapal kena bayar. Adakah kapal tersebut disita atau tidak?

Kami percaya alasan kastam ialah barang yang dibawa oleh kapal ini untuk ‘transhipment’ bukan mahu diseludup ke Bintulu, Sarawak. Kapal tersebut dikatakan ‘emergency alongside’ kerana rosak.

Kami minta SPRM rujuk kembali kenyataan taukey kapal dan kastam. Semua dokumen Kastam hanya mengelirukan jabatan lain. Kami ingin tanya siapa Pengarah Kastam Sarawak pada masa itu? Ini terpaksa kita tanya Dato’ Hj Khalid kerana maklumat yang diterima daripada penduduk Sarawak bahawa tauke penyeludup tersebut merupakan saudara Dato’ Khalid.

Contoh ketiga yang wajar disiasat. Kami sudah menduga bahawa Hj.Liah akan ditukar kembali ke Semenanjung Malaysia apabila Dato’ Khalid jadi KPN. Betul dan Tepat. Hj.Liah ditukar dan diganti seorang pegawai Cina Sarawak sebagai Ketua Pencegah Sabah.

KPN orang Sarawak, jadi Ketua Pencegah Sabah pun mesti daripada Sarawak supaya ‘Network’ mereka senang diatur daripada Sarawak ke Sabah. Di sini kami ingin bertanya pernahkah Kastam menangkap penyeludupan kayu balak dan subsidi minyak diesel?

Kedua, pernahkah Kastam menangkap kapal kargo yang membawa berpuluh kontena rokok dan minuman keras? Kelihatan hanya pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sahaja yang berani bertindak terhadap penyeludupan balak dan subsidi minyak diesel kerana yang membeli dan menjual subsidi minyak diesel ialah taukey dari Sarawak bukan orang Sabah atau Labuan.

Mungkin kastam tiada kuasa menangkap penyeludupan balak dan diesel. Tangkapan penyeludupan rokok dan minuman setahun di Sabah hanya sejuta tetapi penyeludupan balak dan subsidi minyak diesel di Labuan tidak diketahui Jabatan Kastam. Kenapa? Berjuta-juta minyak diesel bersubsidi diseludup keluar daripada Labuan setahun dan bukankah kerajaan lebih rugi?

Kami ingin berterus terang di sini bahawa Taukey besar penyeludupan balak, rokok, minuman keras dan minyak diesel bersubsidi bukan penduduk Sabah atau Labuan tetapi orang Sarawak dan semua kroni KPN dan pengarahnya.

Dua pengarah sudah mendapat pangkat ‘Dato’ dan tiga pengarah sudah menjadi ‘Haji’ dan semua sudah kaya raya dan kini mahu lebih kaya kerana sudah menjawat jawatan yang tinggi di Kastam Di-Raja Malaysia (KDRM) tetapi hati sempit takut pegawai bawahan kaya macam dia dan mahu berlagak kononnya dia bersih untuk menunjuk kepada PM dan Menteri Kabinet bahawa mereka pandai kerja dan tidak mengamalkan rasuah.

Sebenarnya manusia ini ‘berperangai iblis dan berwajah syaitan’. Cuba suruh ketiga Pengarah cabar kami di mahkamah? Nasihat kami ialah jangan meyesal nanti lebih banyak cerita yang lebih teruk akan kami bongkarkan. Mereka boleh tipu dan perbodohkan rakyat, tetapi mereka tidak boleh elak daripada CCTV Tuhan bahawa mereka menyalahgunakan kuasa dan rasuah selama ini.

Kami nasihatkan agar mereka mula jalan ke pangkal jalan yang betul dan insaflah mulai sekarang dan minta agar Tuhan kurangkan dosa mereka supaya ketika ajal di hujung nyawa mereka tidak sengsara.

Contoh paling ketara ialah siapa yang beri lesen ‘Bonded Warehouse’ di Semenanjung Malaysia, Kota Kinabalu dan Sandakan? Bukankah semua ini kerja Pengarah Kastam. Tarik kontena keluar ‘declare’ ke Indonesia, tetapi barang dijual di pasaran tempatan. Salah siapa?

Mulai sekarang, kami akan menyalurkan maklumat terus kepada APMM, Polis Marin dan SPRM agar dapat mencekup kroni mereka untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pegawai Atasan KDRM adalah ‘Petualang Negara’.

Salam Laknat,

HONG, MATASAN DAN PENDUDUK LABUAN.

No comments:

Post a Comment