Wednesday 22 December 2010

LDP TENOM BUAT KENYATAAN PALSU?



Saudara Pengarang,

SAYA agak terkilan dengan ‘kenyataan palsu’ Ketua LDP Tenom, Kapitan Ng Tet Hau dengan komitmen beliau bersedia menggerakkan ahli LDP membantu calon Barisan Nasional di Tenom pada PRU 13 yang tersiar di portal ini.

Apa yang saya tahu, ada beberapa parti dalam komponen BN di Tenom di kawasan dua DUN iaitu Melalap dan Kemabong hanya UMNO dan PBS saja yang mempunyai ahli yang ramai dan aktif, setelah Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada BN.

Parti-parti yang lain dalam BN seperti LDP, MCA, Gerakan dan PBRS, ibarat ‘Hidup Segan Mati Tak Mahu’ dan mantan ahli SAPP itu kini di atas pagar, (tidak berparti) hanya segelintir saja orang Cina di pekan menyertai parti dalam komponen BN kerana mereka berjawatan kapitan dan JKDB, Ahli Majlis Daerah, kekal dalam keahlian parti yang dipimpin oleh kaum Cina di Tenom.

Demikian juga dengan PBRS Melalap dan Kemabong, yang dikatakan taat setia kepada PBRS ialah hanya mereka yang berjawatan Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung saja, malah AJK bahagian hampir habis sudah lari sertai pembangkang.

Walaupun dua parti dalam komponen iaitu UMNO dan PBS mempunyai rekod dalam kertas di pejabat masing-masing ramai ahli, namun sedikit tergugat kekuatan apabila ada di antara pemimpin dari UMNO Kemabong keluar dan menyertai SAPP.

Justeru itu, percaturan politik di Tenom, merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Melalap dan Kemabong kini tidak menentu dan agak sukar diramalkan oleh penganalisa politik.

Manakala PBS gagal memperluaskan pengaruh parti itu kepada masyarakat Cina meskipun terdapat beberapa orang Kapitan Cina di dalam PBS, malah mereka sukar menubuhkan cawangan di kawasan majoriti Cina di pekan.

Tambahan pula para pengundi masyarakat Cina lebih separuh tinggal di Kota Kinabalu, dan pengaruh DAP di ibu Kota itu, sangat berbahaya di kawasan Melalap dan MP Tenom pada PRU 13 kelak, kerana orang bandar tinggi semangat mereka sokong pembangkang.

Salam Hormat,

HAJI WAHAB TIMPAI.

No comments:

Post a Comment