Wednesday 29 December 2010

LOKMAN URI KETUA CABANG PKR SEMPORNA?



Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada kenyataan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution dalam laman web Marhaen yang berasaskan daipada Malaysiakini bertarikh 14 Oktober 2010, beliau telah memperakui bahawa PKR Semporna telah diterajui oleh seorang Ketua Cabang yang baru iaitu Lokman Uri.

Dalam kenyataan beliau yang bertajuk "Saya Pakai Dokumen, Bukan Laporan Media" bagi mengulas kelayakan YB Nurul Izzah Anwar yang telah dicalonkan oleh Lokman Uri selaku ketua cabang PKR Semporna untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Ini jelas menunjukkan bahawa Lokman Uri telah diperakukan oleh pucuk pimpinan pusat dan telah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli PKR Semporna.

Jesteru itu marilah kita bersama-sama menghormati keputusan akar umbi. Tidak perlulah ada usaha pihak tertentu cuba menafikan kemenangan Lokman Uri. Berpijaklah di bumi nyata. Yang kalah, terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Barulah kita dihormati oleh ahli-ahli parti.

Saya ingin menasihatkan kepada semua calon yang kalah, bersabarlah kerana kita akan buat pemilihan semula dalam tempoh tiga tahun lagi. Yang penting marilah kita sama-sama rapatkan saf bagi merealisasikan misi perjuangan kita iaitu menumbangkan kerajaan BN.

Salam Hormat,

REFORMASI TELUS

No comments:

Post a Comment