Tuesday 14 December 2010

MANA DIA SLOGAN PM, RAKYAT DIDAHULUKAN?



PERLAHAN….Kelihatan kenderaan terpaksa memperlahankan kelajuannya ketika melalui lokasi yang berlubang-lubang.

Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW

TIMBALAN Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Lampag Kurias 60, bertanya kepada kerajaan BN khususnya para pemimpin BN dinegeri ini apakah justifikasi sebenar slogan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak berbunyi, “Rakyat Didahulukan…” atau apakah ia sekadar retorik mahupun omongan kosong sahaja?

Kalaulah benar slogan itu menfokuskan kepada kepentingan rakyat khususnya di kawasan luarbandar beliau berkata, “Saya menggesa kerajaan khususnya Kementerian Infrastruktur Sabah agar mengambil alih tanggung jawab menyelenggara jalanraya sejauh 5 km di kawasan Ladang dan perumahan peneroka Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Lagud Sebrang kerana penduduk sudah tidak tahan dan bosan dengan keadaan jalanraya di situ yang rosak teruk dan berlubang-lubang”.

Katanya, beliau sedih melihat keadaan jalanraya tersebut seakan akan dianak tirikan kerana sudah lebih 10 tahun tidak pernah diselenggarakan malah ketika ini keadaannya semakin teruk lebih-lebih lagi ketika musim hujan.

Lampag berkata, meskipun pun sebelum ini masalah tersebut pernah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut seperti yang dikehendaki penduduk tetapi agak menyedihkan kerana sehingga kini rungutan penduduk terus lenyap begitu sahaja.

“Penduduk di situ sudah mengemukakan masalah itu kepada Adun Melalap tahun lepas (2009) tetapi setelah beliau menyemak status jalanraya itu adalah bidangkuasa LIGS. Jadi.. Datuk Radin tidak dapat melakukan apa apa selain sekadar bertindak menulis surat kepada pengurusan LIGS supaya mengambil tindakan berhubung masalah itu,” tegas Ampag.

Beliau difahamkan bahawa pihak pengurusan LIGS sudah berulang kali meminta peruntukkan daripada kerajaan untuk tujuan penyelenggaraan tetapi besar kemungkinan pihak LIGS pusat belum mendapat apa apa jawapan daripada pihak kerajaan.

Menurut Lampag, masalah tersebut juga pernah dipaparkan dalam media sekitar Mei,2010 bagaimana pun tindakbalas pihak berkenaan berhubung perkara tersebut terus senyap dan membisu seribu bahasa. Sedangkan penduduk di situ memerlukan tindakan yang lebih proaktif dari pihak berkenaan.

Dalam pada itu, Lampag menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa jalanraya tersebut khusus untuk para peneroka dan kakitangan pengurusan LIGS sahaja, adalah tidak benar kerana sejak dahulu jalanraya tersebut turut digunakan oleh penduduk penduduk berhampiran seperti Kg Batu Tiningkang dan juga guru-guru yang bertugas di SK Batu Tiningkang.

No comments:

Post a Comment