Thursday 23 December 2010

MASIH RAMAI KELIRU DAFTAR AHLI PBS



SETIAP hari lebih 30 pendaftaran ahli Persatuan Blogger Sabah (PBS) terpaksa dipadam kerana tidak memenuhi syarat disebabkan blog mereka tidak dapat dilayari setelah mereka mendaftar secara online.

Walaupun sebelum ini telah diberikan panduan, namun masih ramai yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu blog yang aktif, berasal atau bermastautin di Sabah, bukan blog porno atau dakyah agama selain Islam dan paling penting adalah Blog sendiri dan bukannya blog atau laman web orang lain.

Berikut adalah contoh borang pendaftaran yang telah lengkap diisi sebagai panduan agar keahlian sebagai Ahli Bersekutu dapat disahkan. Keahlian seumur hidup telah ditutup dan hanya 238 orang sahaja yang berjaya menjadi ahli Seumur Hidup tertakluk kepada bayaran yuran yang akan dikutip dalam masa terdekat.


No comments:

Post a Comment