Wednesday 8 December 2010

PADAM IMEJ TELUPID PEKAN SAMPAH



SAMPAH….James berjanji akan membawa isu sampah ini dalam mesyuarat dan Kalbin turut mendesak agar masalah sampah diutamakan Majlis Daerah Beluran.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

NAMPAKNYA pihak Majlis Daerah Beluran langsung tidak mengendahkan rungutan orang ramai mengenai bau busuk longgokan timbunan sampah sarap yang diletakan di hadapan premis perniagaan, di pekan Telupid.

Semasa tinjauan Ketua Biro Sabahkini Net Wilayah Sandakan di pekan tersebut kelmarin masih lagi kelihatan longgokan timbunan sampah bertaburan yang tidak dikutip dan bau busuk telah menembusi ruang dalam premis perniagaan berhampiran.

Menurut seorang peniaga yang sempat ditemui di premis niaganya, iaitu Kalbin Agat perkara ini sudahpun dilaporkan media di blog Sabahkini.Net oleh beberapa peniaga di sini supaya tempat menyimpan sampah ditambah bilangannya.

Kalbin turut mencadangkan agar Majlis Daerah Beluran memindahkan tempat pembuangan sampah ke tempat yang lebih stategik supaya bau busuk tidak lagi menghantui kepada para peniaga dan orang ramai di persekitaran pekan Telupid.

Mengenai masalah ini wartawan Sabahkini.Net telah menemui sendiri untuk meminta ulasan dan pandangan daripada Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki dan katanya beliau akan membawa perkara di kemeja mesyuarat supaya perkara ini diambil tindakan segera.

“Saya sebagai ahli majlis juga turut simpati terhadap masalah yang dihadapi oleh para peniaga di sini dan saya tidak akan berdiam diri sebaliknya mendesak pihak Majlis Daerah Beluran supaya berbuat sesuatu untuk memadam imej Telupid sebagai Pekan Sampah,” tegasnya.

Dalam hubungan ini, James mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sabahkini.Net terutama sekali wartawannya yang tahan lasak kerana setiap hujung minggu sanggup berada di pekan Telupid untuk meninjau dan mengetahui masalah rakyat dengan lebih dekat lagi sehingga sanggup masuk ke kampung keluar kampung.

“Syabas dan tahniah kepada Sabahkini. Net,“ kata James Miki yang penuh semangat kerana menghargai peranan Sabahkini Net yang sentiasa menyiarkan apa-apa saja cerita mengenai permasalahan rakyat tidak kira di mana kedudukannya, berbanding dengan media-media lain

No comments:

Post a Comment