Saturday 11 December 2010

PECAT AHLI YANG CUBA HANCURKAN PARTI



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

LAWATAN Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ke Sandakan telah mendapat sambutan luar biasa ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat, sempena majlis kesyukuran kemenangan Azmin yang dianjurkan oleh PKR Cabang Libaran.

Dalam program tersebut, Ketua Cabang Bandaran Sandakan, Mazry Nasir telah memberi ucapan yang berkisar kepada pengkianat parti dan menyarankan agar pucuk pimpinan parti bersikap tegas terhadap petualang di dalam PKR.

“Saya berharap agar Saudara Azmin sampaikan teguran saya ini kepada pucuk pimpinan parti, bahawa sesiapa juga ahli PKR, sama ada orang besar ataupun yang digantung sementara keahliannya, asalkan mereka bertujuan untuk mengucar-kacirkan PKR; sama ada melalui media ataupun menaja orang luar untuk mengacau kestabilan cabang-cabang PKR di Sabah, pecat sahaja. Jangan tunggu terlalu lama,” tegas Mazry yang sudah masak dengan asam garam dan sepak terajang PKR Sabah.

Tidak cukup dengan membuat PKR Sabah kucar-kacir, kata Mazry, malah mereka ini juga cuba campur tangan dalam urusan pentadbiran cabang-cabang dan memperlagakan ahli-ahli PKR dalam cabang.

“Pendek kata mereka ini adalah agen-agen Barisan Nasional/UMNO yang berjaya menyusup dalam PKR kerana kita terlalu berlembut selama ini dan lembap mengambil tindakan kerana menunggu sehingga nasi menjadi bubur,” ujar Mazry yang terkilan dengan pembelotan demi pembelotan sehingga melemahkan PKR Sabah.

Di majlis yang sama, Mazry menyatakan pendirian tegas bahawa beliau akan terus menyokong Azmin selagi bersama PKR.

No comments:

Post a Comment