Tuesday 14 December 2010

PEMBAHAGIAN BERCELARU 1 AZAM SUSAHKAN RAKYAT



SUSAH…. Bobbey menyerahkan bantuan 1 Azam kepada penerima sambil diiringi oleh Bubudan, Aloysius dan Jubilin.

Oleh : HASSAN DALIMPOS

LANGKAH baik kerajaan dalam membangunkan rakyat di pedalaman melalui pembahagian elaun 1 Azam (akhiri zaman miskin) yang diberikan pada baru-baru ini menyusahkan kepada rakyat apabila ia dibahagikan dengan cara kelam kabut oleh pihak berkenaan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Bobbey A Suan berkata kepada Utusan Borneo di sini bahawa cara pembahagian yang dilakukan dengan kelam kabut amat dikesali kerana amat menyusahkan rakyat oleh kerana ia dilakukan tanpa mengenalpasti penerima yang layak di Pensiangan.

Katanya, seharusnya pihak berkuasa unit pengurusan dan perlaksanaan (PEMADAM) Jabatan Perdana Menteri dan pihak pembasmian kemiskinan negeri Sabah (POKUS) sepatutnya memperhalusi senarai penerima sebelum penyerahan dibuat.

Kesahihan perkara itu timbul apabila 102 penerima adalah tidak tersenarai sebagai kategori miskin tegar malah berpendapatan tinggi dan bekerja di sektor kerajaan namun mendapat bantuan tersebut, katanya.

Sepatutnya sebelum disenaraikan penerima tersebut, perlu sekali diadakan perbin-cangan dengan pihak pemimpin tempatan seperti wakil rakyat, pentadbiran pejabat daerah dan pemimpin akar umbi bagi tujuan pemutihan untuk mendapat maklumat yang tepat agar tidak diragui rakyat, katanya.

"Mana-mana bantuan yang diberikan kerajaan kepada kumpulan miskin tegar seharusnya mendapat pemutihan secara betul dan ikhlas tanpa pilih kasih agar rakyat yakin dan berpuashati dengan tindakan kita,” katanya.

Selain itu langkah kelam kabut oleh pihak berkenan amat menyulitkan apabila pegawai-pegawai terbabit tidak memberi penjelasaan sepenuhnya kepada pemimpin akar umbi menyebabkan rakyat keliru disangkakan semua rakyat menerima bantuan tersebut sehingga masing-masing merujuk di pejabat pos.

Dalam pada itu juga ketika penyerahan dilakukan oleh wakil rakyat tidak seorangpun pegawai dari jabatan berkenaan khususnya dari PEMANDU dan POKUS yang menyaksikannya bahkan memberi penjelasan tentang bantuan tersebut agar rakyat mengerti tujuan sebenar bantuan tersebut, katanya.

Bobbey yang juga Adun Nabawan, memohon pihak yang diberi tanggungjawab sekurang-kurangnya bersama-sama ketika melakukan pembahagian kerana apapun perlaksanaan dasar seperti yang diilhamkan Perdana Menteri berdasarkan konsep 1 Malaysia seharusnya dilaksanakan dengan sempurna untuk mencapai sasaran utama bagi kepuasan rakyat.

Tambahnya, keadaan ini menyebabkan rakyat tidak berpuashati dengan wakil rakyat sangkanya ia perbuatan pilih kasih menyebabkan mereka berpuashati dengan wakil-wakil rakyat berkenaan dan seterusnya kepada kerajaan Barisan Nasional, jelasnya.

Sempena pembahagian penyerahan bantuan itu ramai penduduk dari kampung di Pensiangan telah turun dengan menggunakan kos pembiayaan perjalanan yang tinggi semata-mata untuk urusan memeriksa nama mereka di pejabat pos namun kecewa oleh kerana sebahagian besar diantara mereka tidak dapat bantuan tersebut.

Seramai 557 penerima elaun 1 Azam di mukim Nabawan selian di daerah kecil Pagalungan manakala 1524 adalah tersenarai sebagai miskin tegar di seluruh daerah Nabawan yang sepatutnya layak menerima bantuan tersebut.

No comments:

Post a Comment