Saturday 4 December 2010

PEMIMPIN PKR TIDAK BERTAMADDUN?



SELAR…Jaafar menyelar para pemimpin PKR mulut celupar, bersikap ganas dan sombong serta suka memaki hamun.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEORANG aktivis masyarakat dari kawasan Karamunting merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Air, Jaafar Mustapha (gambar) menyelar sikap para pemimpin Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang terlalu biadap kerana suka memaki hamun dan sering mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sewajar dilafazkan manusia bertamaddun.

“Macam mana parti itu mahu jadi kerajaan, khususnya membentuk pemerintahan di negara ini, kalau sikap para pemimpinnya, sama ada di peringkat atasan mahupun peringkat bawahan yang bersikap angkuh, ganas, mulut celupar ketika mengeluarkan secara main lepas saja atau hentam kromo sahaja,” kata Jaafar.

Selain itu tambah Jaafar lagi, PKR mendidik para penyokongnya mahupun kroni-kroninya supaya berkelakuan kurang ajar dan biadap kepada para pemimpin Negara, antaranya menghasut untuk menyerang kerajaan melalui pelbagai rusuhan sehingga menimbulkan ketegangan di Sabah sejak akhir-akhir ini.

“Sikap yang mereka tunjukkan membuatkan rakyat Sabah takut untuk menyertai parti itu (PKR) kerana banyak perkara yang songsang dan sumbang telah dilakukan, malahan rakyat semakin benci terhadap kepimpinan PKR yang tidak telus itu ”jelas Jaafar lagi.

Jaafar mengajak rakyat Sabah mengimbas kebijaksanaan tokoh Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) dan sebagainya yang pernah menjadi pembangkang terkemuka di Sabah, mereka cukup sopan dan tidak pernah kedengaran para pemimpinnya memaki hamun para pemimpin BN pada masa itu.

Kalau adapun isu-isu yang sering dibangkitkan kata Jaafar ialah mengenai kebanjiran pendatang asing (PATI) dan mereka berjaya menjadi sebuah parti pembangkang yang bertanggung jawab kepada negeri Sabah.

“PBS telah menjadi pembangkang secara professional dan tidak terlalu bermusuhan dengan UMNO, tidak seperti PKR sekarang yang hanya tahu memaki hamun dan mencipta lawak bohong untuk memperdaya rakyat,” tambah Jaafar lagi.

Dalam konteks ini, Jaafar tidak menafikan PKR boleh memerintah satu hari nanti tetapi sikap kebiadaban dan sikap kurang ajar mereka harus dikikis terlebih dahulu supaya tabiat buruk ini tidak menjadi budaya politik Malaysia.

“Jika PKR ingin mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia, Anwar Ibrahim mesti diusir keluar daripada PKR kerana orang seperti Anwar banyak membawa porak poranda kepada perjuangan tulen PKR di negara ini,” ujarnya Jaafar lagi.

Kata Jaafar, sebelum Anwar menyibuk dalam PKR, rakyat yang menyokong Reformasi bersatu menyokong Datin Wan Azizah tetapi sejak ‘Banduan’ mengambil alih tampuk ‘pemerintahan’ PKR, rakyat kini keliru dengan perjuangan PKR.

“Kebanyakan para pemimpin PKR berpendidikan tinggi, ramai professional seperti doktor, Jurutera, Akauntan, Peguam dan sebagainya tetapi perangai mereka, Nauzubillah, lebih buruk daripada perangai iblis dan syaitan,” tegas Jaafar dengan panjang lebar.

Kata Jaafar lagi, jika PKR ingin berjaya mereka harus menawan hati generasi muda di Sabah, terutama yang berkelulusan tinggi agar mereka berpeluang mencabar BN pada pilihanraya umum akan datang berbanding sekarang kerana 90 peratus ahli-ahli PKR Sabah adalah serpihan UMNO yang sudah kecewa

“Kalau dahulunya dalam UMNO suka memaki hamun kerana tiada mendapat apa-apa dalam perjuangannya bertahun-tahun dan mereka kecewa dan marah lantas mereka menyertai PKR kononnya berjuang untuk rakyat. Berjuang untuk rakyatkah ataupun berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan untuk kocek sendiri, lu fikirlah sendiri,” ujar Jaafar lagi.

No comments:

Post a Comment