Tuesday 28 December 2010

PENCULIK SEBANGKAT RAYAKAN WANG TEBUSAN?



HEBAT... Adam (kiri) dan Ben tengah merupakan keluarga penculik yang semakin hebat kerana mampu berkawan dengan Zulkifli (gambar belakang) yang dikendaki CIA.

Oleh: MUTALIB M.D

KETUA Penculik dua warga Malaysia daripada Pulau Sebangkat, Semporna pada 8 Februari 2010, Ben Abd Taraji @ Ahmad Taraji dipercayai sedang bersiap-siap untuk mengadakan majlis keramaian pernikahan keluarga terdekat beliau dengan anak Ketua Barangay di Pandami, Ladja Matli dalam masa terdekat.

Menurut Koresponden Sabahkini.net di Tawi-Tawi, Ahmad Taraji yang mempunyai kerakyatan Malaysia dan pernah bermastautin di Pulau Bohey Dulang Semporna dan Boheyan Kunak kini menetap di Kampung Laya dan Lahi di Pulau Pandami yang terletak antara Siasi dan Jolo di Tawi-Tawi.

Turut kelihatan bersama beliau sejak dua minggu lalu ialah seorang ‘Pengganas Antarabangsa’ merupakan rakyat Malaysia yang paling dikehendaki di Amerika dengan tawaran USD5 juta, iaitu anggota Jemaah Islamiah, Zulkifli Abd Hir (a.k.a Marwan) yang pernah dilatih oleh Allahyarham Dr Azahari Hussin.

Ahmad telah memperolehi RM2 juta atau 20 juta pesos wang tebusan yang dipercayai dibayar keluarga mangsa sebagai kos ‘Food and Lodging’ selama 317 hari kerana memberi perkhidmatan kepada Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau.

Sebahagian daripada wang tebusan tersebut telah dibahagikan bersama anggota kumpulannya, termasuk Azman yang memainkan peranan penting selama ini; sebahagian kecil digunakan untuk majlis keramaian dan bakinya disimpan untuk membeli senjata bagi meneruskan kegiatan keganasan dan penculikan mereka yang telah berjaya melakukan lebih 10 penculikan sebelum ini.

Ben mempunyai rangkaian di seluruh Tawi-Tawi dan terbukti setelah mangsa culik dibawa berpindah randah lebih 100 lokasi dalam masa 317 hari mereka ditawan.

Dengan penggabungan Zulkifli, dipercayai pasukan yang diketuai Ben dan adik beradik kembarnya, Aidil dan Adam @ Al Basil (dalam penjara di Malaysia); Hassan Mala, Abd Pattah Hasinula, Raymond, Azman dan sebagainya akan lebih berpengaruh di Tawi-Tawi dan selatan Filipina pada masa ini.

Kedudukan Ben Taraji semakin kukuh kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan bekas calon Mayor Languyan, Salleh yang bernikah dengan adik perempuannya. Salleh telah bersekongkol dengan Mantan Gabenor Bungao, Rashidin Mat Bah yang menentang Gabenor Tawi-Tawi, Hadji Sadikul Adalla Sahali pada pilihanraya umum Filipina yang lalu.

No comments:

Post a Comment