Tuesday 7 December 2010

RAKYAT SABAH PASTI AKAN HUKUM BN



HUKUM….Jikol berkata kenaikan harga barang akan membuatkan rakyat hukum BN pada PRU Ke 13 kelak.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KENAIKAN harga minyak petrol, diesel, gas dan gula di seluruh negara ini yang berkuatkuasa pada 4 Disember lalu, bahangnya telah dirasai oleh semua penduduk yang memiliki kenderaan persendirian, mahupun kenderaan awam.

Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beluran, Jikol Gambit berkata demikian kepada Wartawan Sabahkini.Net ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga minyak secara mendadak itu di Sandakan, kelmarin.

Katanya, bagi para penyokong UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional lainnya, kenaikan itu tidak menimbulkan masalah kerana seperti ahli-ahli UMNO di seluruh negara, 90 peratus daripada mereka hidup mewah berbanding dengan kehidupan ahli-ahli parti pembangkang.

“Kenapa kerajaan tidak mahu menaikkan harga RM10 seliter? Bukankah itu lebih baik daripada menaikan hanya 5 sen dan 15 sen? Tiada ertinya sama kali. Alang-alang kasi naik harga gula, kenapa tidak kasi naik sampai RM4.00 sekilogram, baru baik punya kerajaan,”ujarnya.

Seandainya kerajaan menaikan harga minyak diesel, mahupun petrol seliter RM15.00 bagi para penyokong UMNO dan BN mereka tidak bimbang, tetapi rakyat biasa akan menderita dan banyak yang berjalan kaki atau naik basikal saja ketika hendak pergi kerja kerana tidak mampu membeli minyak.

“Minyak naik satu sen pun akan menyebabkan kenaikan mendadak tambang pengangkutan awam dan harga barang-barang,” jelas Jikol yang yakin rakyat akan menghukum Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 kelak.

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kata Jikol, rakyat tidak begitu merungut kerana gula banyak membawa keburukan sehingga menyebabkan 1.35 juta masyarakat yang mengidap penyakit diabetes (kencing manis) kronik.

“Bila harga gula mahal, pengguna mula berjimat cermat. Kalau sebelum ini bikin kopi secawan menggunakan 3 sudu teh gula, kini pula hanya tinggal satu sudu sahaja. Dengan kaedah yang diamalkan ini jelas akan mengurangkan penggunaan gula berlebihan, “jelas Jikol lagi, namun kenaikan harga minyak menyebabkan harga barang keperluan naik mendadak sehingga empat atau lima kali setahun.

No comments:

Post a Comment