Saturday 18 December 2010

RUMAH TERBUKA KRISMAS MP PENSIANGAN



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

ORANG ramai di sekitar daerah pedalaman adalah dialu-alukan untuk menghadiri Rumah Terbuka sempena Hari Krismas Ahli Parlimen 182, Pensiangan, peringkat DUN N.37 Sook, ahad ini.

Pegawai Perhubungan (Media) di Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan, Rozie Jumat berkata, Rumah Terbuka Hari Krismas Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia akan bermula pada jam 10 pagi sehingga jam dua petang di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Sook, 19 Disember ini.

Turut mengundang ialah Wakil Rakyat N,37 Sook, Datuk Ellron Angin yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Pelbagai acara dipersembahkan sempena rumah terbuka Hari Krismas melibatkan kumpulan-kumpulan koir dari sekitar daerah kecil Sook bagi memeriahkan suasana hari krismas.

Sehubungan dengan itu orang ramai yang berada di sekitar dan berkesempatan adalah dijemput untuk sama-sama meraikan Hari Krismas bersama dengan wakil rakyat di kawasan tersebut.

Sementara itu, Rumah Terbuka sempena Hari Krismas peringkat N.38 Nabawan bersama Ahli Parlimen Pensiangan akan diadakan pada 27 Disember ini di Dewan Masyarakat Nabawan.

No comments:

Post a Comment